Tuesday 31 December 2013

Sayonara 2013, Youkoso 2014 ;)

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik.
Kita telah pun berada di muka surat terakhir tahun 2013.
Mari imbas kembali segala suka dan duka sepanjang 2013.

Januari. Paling relaks. Santai. Hidup aku tidur makan RunningMan je. Tak pun driving class. Orang merdeka katakan.

Februari. 8hb aku lulus ujian JPJ kelas D. Oyeah. Ingat lagi. Haha.

Mac. Bulan yang ditunggu-tunggu buat SPM leavers. Result SPM. 21hb kalau tak silap. Alhamdulillah rezeki Allah. Flying colours.

April. My birthmonth. Lepas birthday. Sangat seksa menunggu segala tawaran.

Mei. Lama menunggu. Asyik kena postponed. Tunggu keputusan UPU, Matrikulasi, dan MARA. Memang menguji kesabaran. Alhamdulillah. Rezeki lagi. Tiga-tiga aku dapat. Setelah istikharah, bincang dgn semua pihak. Aku bersetuju menerima tawaran dari MARA. 26hb aku lapor diri di INTEC Education College yg terletak di Shah Alam. Kehidupan baru bermula.

Jun, Julai, Ogos. Kehidupan di INTEC semakin mewarnai hari-hariku. Berpuasa sama-sama, berbuka sama-sama, Terawikh sama-sama. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya ! Sebelum Raya ada Peperiksaan Pertengahan Semester 1.

September. Busy dengan aktiviti kolej. Camping. Inpro. Pertama kali jadi Johan untuk Futsal dan Naib Johan untuk persembahan. Alhamdulillah

Oktober. Striving and struggling for Final Exam Semester 1. Stay up sampai 3-4 pagi dgn housemates, coursemates. Tiring yet it was a sweet memory. Alhamdulillah.

November. A new breath in the new class with new classmates. Alhamdulillah. Mula-mula awkward but now Alhamdulillah.

Disember. Striving again for MidSem Exam2. Study smpai lebam. Harap result tak lebam. Aamiin.

It's just a simple conclusion of my life in 2013.

2013 had bring me to the new environment, new people, new life and inshaAllah new me. Banyak yg saya pelajari dari kawan-kawan, lecturer, akak-akak usrah. Yakin itu petunjuk Allah. Alhamdulillah.

Mengenali rakan-rakan baru. My housemate, Nasha & Izza . Masa mula mula kenal . Awkward gila kan? Sekarang rasa macam dh kenal lama. Kalau dh sembang tak reti stop. Kalau gelak terbahak-bahak. My ex-roommate Shida. She's now at AAJ. Got to know her for about a week only. Hope that she's doing well. And my current roommate Putri. Although mula-mula awkward nak bersembang macam orang lain. But now.. I think we'd get the momentum kan? Hoping we can get closer ^^. Aamiin

My jiran. Arina, Jiha, Shatun & WenWen. Nice to know all of you. Kita selalu buat jambatan and buat kecohs kan? Feeling sabishii that Arina and Jiha gonna leave us soon. Huhu. They'll be fly to Japan earlier than us. Goodluck! Sama-sama memeriahkan lagi laman 1 tingkat 4 Blok 6 selagi masih punya waktu. InsyaAllah ;)

My other coursemates and mates and mates. Adlyna Iman Syaf Afifah Fazirah Farissya Ju'a Eliyya Salma Izzni Scholas Farhana Aiba Ella Tasha Ellys Balqis Kaitorng Priya NozomiKazoku Hayate KTJss PSJss ShiraJordan Senpai dan lagi dan lagi.. tak tersebut .. huhu. Just wanna say that. Glad to know all of you.. ! Alhamdulillah.. Jom sama-sama striving for our better future and of course dun forget our main target on His Earth.. insyaAllah.

Thank You 2013. Thank You Allah.
Hai 2014... Bismillahirrahmanirrahim ;)

#2013DalamKenangan

Monday 4 November 2013

Assalamualaikum

Hai ! hai ! hai !
Hohho. Lama tak buka ini blog. *krik krik* dialog sama ja setiap kali nak buat entri. Huhu

Okay Kelantan Kalah ! *tetiba* sob sob. Tahniah Pahang ! *2nd half aku dh tak tengok* hoho
Eh bukan nak cerita pasal bola ye. Harap maklum. Teheee

Okay. Okay. Okay
Taktak nak cerita apa. Haha takde cerita pun.

Cuma nak cakap.........

Pejam celiks pejam celiks... Saya dah masuk Semester 2 !! hahahaha
Cuti sem seminggu je. Hua hua.
Ramai tanya kenapa sekejap sangat. Ramai yang pelik.. Well....
Tulah keunikan course saya :)

FYI, *kalau nak tau baca, kalau taknak boleh klik butang x* hoho poyo..
okay FYI, I'm currently study at INTEC Education College which is located at Section 17 Shah Alam, Selangor :) In the program of Look-East Policy (Dasar Pandang ke Timur) which known as KTJ (Kumpulan Teknikal Jepun) here. Yes.. I'm doing preparation before further my study outside Malaysia.. InsyaAllah, on 2015 we'll fly to Japan. Doakan saya dan rakan-rakan. Hee. Oh, before I'm forgotten, my major is in Civil/Environmental Engineering and Architecture.. but I prefer more on Architecture.. So I'm trying my hard to love Engineering subject which is Physics, the subject that I hate the most once time ago.. but not now.. InsyaAllah I'm gonna like it slowly :)

Dah habis 1 sem baru nak cerita course apa yg saya amik. bertuah. hoho. Sorry, kepada yg tertanya-tanya selama ni. Hehe.


Okay. Let me introduce my classmates for the semester 1 :)

Boys from Right : Acap, Najmi, Ridhwaan, Nawi, Pua, Harvin, Che Mi, Syahmi, Izwan
Girls from Right : Izza, Me, Syaf, Kai Torng, Farhana, Elys, Arina, Aiba, Wen Wen

and our hometeacher is Zaiton Sensei :)

Acap ; name given Amir Asyraf, we call acap although he doesn't like it. Hehe. The President of Japanese Education Technical Student Society (JETSS), the one who like to sing sorang-sorang, loves to watch Kamen Rider?, and he has a twin, name Amsyar in the other class. Untung mereka dapat pergi oversea, Jepun plak tu dua-dua, scholar je lain. Hoho. We'll count on you Mr. President !!

Najmi ; name given Wan Najmi Ainan, we call Najmi or some call him Wan. I prefer call him Najmi because too many Wan around me. hahaha. The one who likes to make me pissed of tanpa sebab. aku selalu gaduh  ngn dia. taktau kenapa. hoho. sorry bro. Jujur ni. but I try to calm down myself with all your jokes.. Maaf ye ! no heart feeling ! Oh, he'll fly earlier than us. Because of some reason. no need to know I think ? :) Ganbatte !

Ridhwaan ; name given Ridhwaan, haha taktau nama penuh, sorry :p The one who likes to sleep in the class. The sleeping beauty of Nozomi. hehe good job.. but actually he is a genius one too. pandai gila wa cakap. salute. Although we didn't talk much each other, since we're in same class again, so yoroshiku !!

Nawi ; name given Asnawi, we call him Nawi, Halim sensei je call him 'Mawi' hakhak. For the first I met him, I thought he is one that pendiam. haha, sekali kenal. amek ko. banyak cakap gak dia ni. Sekali dia bahan orang. Perghhhhh ! sodap !! hehe. Dia ni pun rajin belajar ! Pandai gila. huahua. Hebat nawi. dan dia pun dh berubah sejak masuk kelas baru? haha ye nawi ye? :p dia banyak gak buat kitorang tergelak akibat beberapa insiden. mana mana? tu ha... bukan, mana yang tak bayar lagi? ha ok nozomi je paham. Hee

Pua ; name given Pua Kai.. The one yang sama kelas dgn aku dari Tsubasa. Sekarang dh terpisah. huhu isk isk. He is the first chinese guy who became my friend. Before this only chinese girls yg aku kenal. huhu. Nampak macam sombong, but actually he is a nice guy. seriously nice guy ok. Dia genius sangat. bagi soalan math or physcis. KACANG ! and he is also programmer. banyak buat game. dengar cerita. eh aku penah nampak dia buat game kt sebelah ok. tak tipu ooo. and he is Petronas student. nampak tak bijak tak bijak? petronas beb. He also we'll be flying earlier than us. huhu bye bye pua. haa dia pun dh pandai usik orang. isk isk sape ajar ni? haha. hope we're still friend yo !!

Harvin : name given Harvin. lol. hehe. He's also the first Indian guy yg rapat dgn aku :) nampak macam gangster tapi dia baik. senang nak bergaul. hee. dia pandai buat curry. hoyeahhhh. and I wanna apologise u for the spaghetti. I forgot that u cannot eat beef. huhu sorry again ! >.< Harvin pun pandai orang nye ! kalau dia speaking. perghhhh, segan gila aku. huhu. be nice to me after this too ya harvin !!

Che Mi : name given Ahmad Rahimi Rais.. Kelate mari. dia ni lah hok buat kelas jadi havoc. lagi lagi bila ada syahmi. macam dunia ni mereka yang punya. K over. haha. Dia selalu sibuk promote shipping dia. because he's the only one guy that taking shipping. dengan Izza. hehehe. Sem ni pun aku sama kelas ngn dia. sejak awal masuk sini pun sama kelas ngn dia :p thanks for meng'nigiyaka'kan kelas.. and good luck in studying Nihonggo ! aku tau kau selalu stress. but no worries. I know u can do it. Kalau tak paham tanye je aku. I'll be willing to help you :) apa guna kawan kan. korekara mo yoroshiku ne che mi !

Syahmi : name given Syahmi Kamil haha. Dia ni yang 24 jam ngn bini dia. selekeh macam hape. *opss terkutuk* hehe sorry bro. Dia ni lah yg paling bising, annoying, memekak, dan buat aku bengang gak kadang-kadang. but kalau takde dia sunyi la kelas. sekali pernah dia takde kt kelas, tinggal che mi sorang-sorang. sunyi habis aahhh. weh jangan perasan pulak ok. hahahaha. Dia ni PSJ. nak jadi cikgu bahasa jepun. dia antara lelaki bertuah dalam course psj ni. haha. aku kagum dgr kenapa kau minat jepun. I'm sure you'll become a great teacher. InsyaAllah. Dia pun akan fly bulan 3 tahun depan. sunyi la KTJ weh. haha. sorry kalau aku terkasar or anything ye :)

Izwan : name given Izwan Aliyas *kt fb* hoho. Dia rep kelas. macam tak caya je kan? bahaha. Dia sama kelas since Tsubasa gak. mula-mula aku tengok dia.. emm poyo nye mamat ni. hahahaha ! and now he's my sifu. kenapa? sbb dia banyak tolong aku dalam subjek chemist and physics. sometime maths too. Taktau kenapa otak dia bijak gila. anugerah tu. huhu. Thanks for teaching me sifu ! Lepas ni pun tolong ajar aku eh. walaupun dh tak sama kelas. I still need ur teaching for the subjects. huhu. Jujur kata, dia ni yang paling senang aku bergaul kot. dalam lelaki la. haha. wei habis aku kena bahan lagi. haha korekara mo yoroshiku sifu !

Fuhhhh panjang nye.. Okay girls pulak :)

Izza : name given Izza Maisarah.. my housemates :D so I'd know her since I entered INTEC. dari hari first mds dh kenal dia. but honestly at the first I didnt know her name. duk bisik bisik ngn shida apa nama dia. nak tanya segan sbb dh 2-3 hari duduk bersama. aiceh. last-last ternampak nama dia Izza. haha. Confession ni ! hehe. Izza is the one who is pendiam dalam kelas. dalam kelas jela. hakikatnya. haha banyak muslihat. haha dia yang buat group Nozomi kt whatsapp. sejak tu kami mula rapat. Thanks izza !!! you did a great job. hehe lelebih pulak. biasa la kan, mula-mula awkward. nak cakap pun gagap gagap. skrang dh bole gossip dgn dia. haha. glad to have you as my housemate !! :)

Syaf : name given Syafiah Masturah.. who is older than us. hehe. first tau dia lagi tua it's shocking me. really really. huhu sbb tak pernah bercakap informally dgn org yg lebih tua. hua hua. but kalau kenal dia. tak rasa pun dia macam lebih tua. hehe macam adik ada kot. perangai omey omey. selalu kena usik ngn budak laki. haha. mula-mula tak rapat mana, bila Zaiton sensei tukar tempat duduk, I had a chance to sit beside her. sejak tu bole rapat. Actually, dia banyak buat aku berubah.. contoh dari segi pemakaian.. etc.. hoho. alhamdulillah. He gave me such a good friend. bahasa arab pun dpt sikit sikit dari dia. tapi dia kadang2 cakap arab tapi taknak translate -.- ok fine syaf fine. haha. dia pun nak fly awal. sama cam syahmi. hua hua.. ganbatte ne !!

Kai Torng : name given Ang Kai Torng? isn't it? hehe. we call her Kai Torng.. at first I thought that I might be hard to be close with her. but actually she's talkative one. she likes to tell me abt the song, anime? ada ke? haha or abt her senpai at japan,, mostly abt japan la. hehe I enjoy chit chat with you Kai torng ! It sad that we're not in the same class again. but we're still in the same program. so I hope we're still friend ok :))
ohhh. lupa. She also like to sing. suara dia sedap. hehe you should listen ;) nanti nyanyi lagi eh kai torng :D

Farhana : name given Nur Farhana binti Halid. hehe. cerita menarik dengan farhana ni. I've know her before dia masuk Intec. through my cousin bertuah Danial. before this she was in UM. sama ngn sepupu I tu. hoho. dia yg eksaited bercerita kawan dia dapat scholar JPA and dapat pi Jepun jugak. dia lah yg mulanya. haha. hari first budak JPA masuk Intec, I got call from someone. rupanya Farhana.. time tu tak kenal pun muka. suara pun first time dengar. dah masuk kelas pun tak kenal lagi. lepas dah tukar kelas, masuk Nozomi. ada nama Farhana.. nak tegur dh tapi segan. alih-alih dia tegur dulu. hihi saya pemalu. puihh. since that kami jadi kawan dan boleh kira antara yg rapat juga la ;) nice to know you !! bila korek-korek lagi kteorg ada kaitan lagi kt tempat lain. jodoh kuat ni. hehe korekara mo yoroshiku. zutto tomodachi !!

Elys : name given Elisia. hehe she's from Sabah kan elis? hehe sabah bhaaaa. Elys ni comel orangnya !!! bila dia belajar muka dia tu.. fokus gila. comel ! haha. pastu dia suka gelak. dia punya trade mark 'Hmm ~ untung laaa ' dengan 'dasarrrrrr' ! hehe . satu KTJ dh terikut gaya dia. oh satu lagi.. 'apa yang untungnya~' hehe. Elis orang pertama kot dari sabah yang aku kenal ;) dan boleh berkawan kira rapat juga. hehe. Untung la Elis ~~~ suka kacau dia bila jumpa. hehe. Glad to know you Elis. walaupun dh tak sama kelas, I tetap nak kawan dgn you :DD untung la ~ dasar !! hehe

Arina : haaaaaaaaaaa ni dia !! name given Nur Arina bt Bahtiar.. betul tak? hehe. nama saya Aru.. eh Arina. hahahaha !!! kidding sis ;D Arina is my neighbour.. duduk depan rumah !! selalu bertandang rumah dia kalau bosan. dia ni pun bole geng che mi ngn syahmi. penyebab kelas tu bising. dengan warai goe dia ni. ahahaha suka sangat gelak tak tentu pasal, tapi tu yg buat dia special. haaa pastu dia suka cakap 'kawaii desune~' haha tak habis habis. suka sakat dia. suka BOB kn dia. haha sbb suka tengok reaksi dia. padahal tak marah pun. saje buat buat marah. nk tengok muka innocent yg omey omey tu. haha k arina jangan perasan ! ;P Arina pun nak fly dahhhh. dia pun nak jadi cikgu.. All the best arina ! let cherish our moment together while we have time together !! korekaramo yoroshiku my jiran ;)

Aiba : name given Adibah . I pelik mula mula kenapa Aiba. sbb aiba macam nama org jepun. hehe. Aiba ni pun comel orangnya. mula-mula masuk kelas nozomi dia suka main game, takpun tido. jujur, I rasa pelik dgn u aiba. hehe but lama kelamaan I start to know you.. act you are such a good friend. pandai lukis, english pun hebat, tak habis habis dgn mao dia. hehe. your imagination of creating characters in manga also cool :) since we're in the same class again, nakayoku shite ne :) be nice to me as well as before. hehe. Glad to know you Aiba !! lukisan dia mmg awesome ok !! tak tipu ! :DD

last but not least...

Wen Wen ; name given Sim Wen Wen.. wen wen pun jiran sayaaaa. satu bilik ngn arina :) wen wen ni pendiam orang nya. tapi sangat pandai.. dan comel ! serious talk !! wen wen sangat baik dan caring. time aku sakit hari tu, dia tunggu aku balik rupanya,,, nak bagi panadol. sangat terharu ok. bila time hujan pun dia payungkan.. at the same time dia risaukan semuaorang yang kena hujan. huhu baik sangat wen wen !! we're in the same class again :) I hope to know you more !! and one thing.. dia pun dah pandai sakat orang !! and dh banyak bercerita compared to first we know her :) good move !! oh she's from sarawak :) comel gila ! yoroshiku ne wen wen !!!!!!

okay done.. huhu penat type.. but tapi ni ikhlas dari hati :)
I love all of you. I heart nozomi. bunyi macam racist kan? haha pinjam ayat budak Hikari dulu..

although we're in difference class now, but I hope our friendship didnt end here.. we're still 'nakama' sampai semua orang fly, tak tak, sampai ke jepun, and smpai balik malaysia nanti pun. harap hubungan kita kekal ;D insyaAllah.. we're under the same sky, on the same earth, in the same world.. !!!

本当にありがとうございました。これからもよろしくね。日本へ行けるように、みんなでがんばろう!!

Sincerely,.. from Me.. Nik Iffah Hazirah :)
oh sorry kalau english broken. heeee

Good night ! Assalamualaikum !!

Friday 16 August 2013

Woah .

Assalamualaikum ~

Fuhh fuhh shuuuhhhhhh ! *tiup habuk*
woahhhhh dah hampir 2 bulan blog gua ni tak berusik (>.<)

Sebelum apa-apa saya mohon ampun dan maaf ttg last entri kata nak sambung episode *cewah* seterusnya. Dah ada kt draft. Tupun 2 bulan lepas punya. Tak complete. Takde masa. Minta maaf ye maaf. Kalau ada masa saya cuba lengkapkan balik yawww.

haaaa. Lagi satu. Masih belum terlambat rasanya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Ikhlas dari hati, memohon ampun dan maaf kiranya ada salah silap yang disengajakan mahupun tidak, maklum saya hanya hamba biasa. Mohon ampun dan maaf jari 10 ku susun dari hujung rambut hingga hujung jari kaki ye. Zero-zero. Oyeah.

Kenapa tajuk 'Woah' ?









Saje. Hahahaha. Taktau nak cerita apa. Saje nak melalut. Hihi

Alhamdulillah tahun ni pertama kali saya menyambut Ramadhan jauh dari keluarga. Takde lah jauh mana, tapi tak duduk sebumbung. Maklum budak kolej. Wakaka.
Banyak pengalaman best yang saya dapat :) Sahur dengan kawan-kawan, kawan tolong kejut sahur *Nasha thank youuuuu* , berbuka sama-sama, samada kt bilik, takpun sama-sama pi masjid, terawikh sama-sama :D Its kinda normal for those who has been in boarding school but not for me :D budak sekolah harian je. Hehe.

Raya tahun ni pun yang paling sederhana I think. because tak banyak shopping. Hahaha entah takde feel nak shopping ~ tapi yang seronok I'm still get my Duit Rayaaaaa. Uwwwww. hihihi. Maceh maceh. Tahun depan pun bagi lagi eh. haha *tampar pipi*

Oh ye. Dalam kita gembira sambut Syawal.. Jangan lupa saudara kita di bumi Palestin, Syria, dan yg terkini Mesir... Teruskan berdoa buat mereka. Kerana itu sahaja senjata yang kita ada ! Allahuakbar ! Moga Allah lindungi mereka, dan memberi mereka ganjaran yang besar atas perjuangan jihad mereka. Aamiin Ya Rabb !!!

Ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum ! Kalahkan tentera As-sisi ! Kalahkan tentera Bassyar ! Kalahkan Rejim Zionis ! Wansurna 'alaihim ! Berikanlah kemenangan buat kami !

Sungguh. Kemenangan sangat hampir dengan kita. InsyaAllah !!!

Salam Maghrib ^^ Selamat berbuka bagi yang berpuasa ~

Assalamualaikum !

*nota kecik : cuti dah nak habissssss. sob sob sob. Result mid-sem exam ! huhuhu doakan !!! :)

Friday 14 June 2013

i-PROKHAS #1

Assalamualaikum w.b.t :)

Home sweet home. Saya berada di Bandar Baru Bangi sekarang. Hehe. Balik kejap weekend ni. Sebenarnya esok ada program yang dianjurkan dan macam best. Tapi tekad juga nak balik. Tapi bukan homesick ehh. Saja rindu adik adik gua yang comel tu. Lepas tu seminggu ni asyik tak sihat je. Balik ni ingat nak rehat la. Hehe.

Okay, post kali ni saya nak share sikit tentang tajuk yang ditulis di atas tu. Tu tu. Tengok tengok. Apa tajuk entri kali ni?

i-PROKHAS .

Amenda tu? Hehe. i-PROKHAS merupakan Program Khas Pemantapan Rohani anjuran Hal Ehwal Pelajar (HEP) INTEC Education College dan kali ni rezeki kami Alhamdulillah dapat sponsor dan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pembiayaan sepanjang kami menyertai Kem tersebut dan juga hadiah paling istimewa yang pernah kami terima iaitu Tafsiran Al-Quran.. Syukran. Alhamdulillah. Terima Kasih :')

Kem ni berlangsung dari 7 Jun 2013 (Jumaat) sehingga 9 Jun 2013 (Ahad) di Pusat Pemantapan Akidah di Jelebu, Negeri Sembilan. Jom jom saya nak share setakat yang boleh. InsyaAllah. Teruskan bersama saya. hihi

7 Jun 2013 (Jumaat) Day First

Pagi Jumaat, kami ada kuliah sampai tengahari. Jumaat memang half day sebab Muslimin nak Solat Jumaat :) Kami muslimat yang tak wajib solat Jumaat, selesaikan solat Zohor kami masing-masing dan sekitar pukul 2 petang telahpun berada dalam bas. 3 bas INTEC disediakan time tu. Jakun sebenarnya pergi kem naik bas sendiri *eceh* al-maklum dulu saya sekolah harian je. Tak pernah merasa ada bas sendiri. Hahaha. Warga SMKJR jangan marah ye. Saya gurau. Saya tetap sayang SMKJR insyaAllah :) The best middle-school ever !! *okay lari topik* Rata-rata semua dah naik bas kamipun bertolak ke campsite tersebut. Kalau tak silap, dalam pukul 3 jugak kami bertolak dan sampai sana dalam pukul 5.30 cam gitu. 

Dah sampai dan dah angkut semua barang-barang kami dari perut bas, kami diarahkan ke Dewan Imam Ghazali if I'm not mistaken. Dalam tu beratur nak check-in. ceh ayat. Beratur macam nak isi borang masuk U je time tu. Hehe. Saya, Nasha dan Izza boleh dikira orang terakhir beratur. Well. Tak suka berasak-asak. Sabar je menunggu giliran. Hehe. Selepas tu ada taklimat sedikit tentang Do's and Don'ts. Then kami bergerak ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai Hamba-Nya. Solat Asar :) Of course berjemaah :D Lepas dah selesai tu kami minum petang + dinner terus. Sebab boleh dikatakan dah lewat time tu. 2 in 1 terus. Haha. Lepas tu kami angkut barang-barang masuk dorm. Dorm dia lawaaaaaaa. Serious lawa dan selesa. Alhamdulillah. Terima kasih atas hospitality yang mantop ;)

Belum sempat mandi apa semua, dah masuk waktu Maghrib. So kami ke surau untuk solat berjemaah. Masa ni saya belajar dan gain some new experience. Nak tahu? Masa tu first time saya berjemaah Solat Jama' Qasar. Sebelum ni kalau solat Jama' sendiri-sendiri je. Jujur kata tak pernah Jama' berjemaah. Dan dalam banyak-banyak kem yang saya pernah pergi pun, ini yang pertama kali Solat Jama' ketika kem. Hehe. Belajar dan dapat pengalaman baru. Alhamdulillah.

Selesai yang wajib, kami bergerak ke Dewan tadi untuk aktiviti. Malam tu kalau tak silap, oh ada Majlis Perasmian bersama wakil JAKIM ,, Tuan Haji Ali if.. I'm not mistaken. Minta maaf banyak-banyak kalau saya tersilap. Huhu. Dalam perasmian tersebut ada terselit ucapan dari Tuan Haji. Beliau mengingatkan kami merupakan insan bertuah yang telah dipilih oleh Allah untuk dipilih masuk ke INTEC dan juga menyertai kem i-PROKHAS pada waktu itu. Beliau (dan pihak JAKIM) memberi kami senaskhah Tafsiran Al-Quran setiap seorang daripada kami yang menyertai. MashaAllah.. Rezeki Alhamdulillah. Dan dengan itu beliau mengingatkan Al-Quran tersebut sebagai janji kami untuk menjadi pemimpin atau khalifah di muka bumi Allah ini.. Maaf lagi sekali sekiranya ada yang tersilap.. Tak berapa nak ingat. Maaf. Astaghfirullah... Dalam perasmian itu juga ada terselit sedikit 'persembahan' dari kami. Cewah. Nyanyi dan gaya ramai-ramai mengikut rentak lagu Demi Matahari. Taktau pi search kt YouTube. Dunia dh maju. Hehe. Sebenarnya kami praktis sekejap je. Lagu tu sangat best. Lagu tu juga diambil dari surah al-Syams.. Kalau tak silap saya. Maaf atas segala kekurangan.. Huhuhu. Cuba lah dengar ye :)

Okay lepas tu, ada ceramah dari Hassan-Sensei, Timbalan Pengarah HEP INTEC :) Hassan-Sensei juga merupakan salah seorang tenaga pengajar / lecturer untuk course Jepun macam saya. Hehe tapi belum berkesempatan lagi untuk belajar dengan sensei. Hassan-Sensei share tentang permasalahan/pengalamannya di Jepun. Antaranya,
- terminum sup b*bi
- berus gigi dari bulu b*bi
- dijilat anjing *kurang pasti*
- sayuran ala masakan Cina
dan ada lagi. Maaf saya tak berapa nak ingat. Tak bawak balik tentatif. Tertinggal kt hostel. Bila kami dengar semua tu, memang rasa macam takut, risau dan macam-macam lah. Lagi-lagi kitaorang ni yang akan ke Jepun InsyaAllah. Walaupun sebelum ni saya pernah stay sana. Masa tu tak fikir banyak sebab masih kecil and parents ada. Lepas ni sorang diri. Masih banyak yang perlu dipelajari. Ilmu agama sangat dan teramat penting. Lagi-lagi kalau kita ke nagara yang bukan berasaskan Islam. Itu yang saya dapat dalam perkongsian dari Sensei :) Sensei juga selalu menekankan kami dengan kepentingan Al-Quran. Dalam hidup ni, selagi kita berpegang pada Al-Quran insyaAllah selamat Dunia dan Akhirat. InsyaAllah.. Aamiin Ya Rabb.

Selesai tu kami main sikit permainan (?) bersama Ustaz Affuan.
Ustaz kata "Angin bertiup~" kami tanya "tiup berapa?" then ustaz jawab "tiup (nombor)" dan kami perlu berkumpul sebanyak yang dinyatakan. First tu saya dapat la masuk dalam geng yang selamat. Kali kedua dan ketiga tak dapat. How sad I am. Hahahaha. Sebagai denda, kami perlu merelakan hati untuk diconteng pada muka. Oh ya, sebelum tu Ustaz ada mintak 3 perkara sepanjang kem tersebut. Iaitu,
1. Ikhlas
2. Menepati masa
3. Senyum
Oleh yang demikian, cewah. Saya dengan ikhlas dan rela hati serta senyum semampu boleh apabila diconteng oleh akak-akak Pembantu fasi. hehe. Mula-mula Kak Fatin dan Kak Affini yang menghasilkan karya agung mereka di muka saya. Muahaha. Taktau lah macam mana rupa saya time tu. Yang si Syira pulak duk sibuk kata 'Kawaii, kawaii' . Aku lepuk kau kang. hahaha *joke* and kali ketiga punya pun Fail. Hahaha. Masa tu Kak Aimi pulak menonjolkan bakatnya di muka saya. Haha. Tapi masa tu seriously tak rasa malu ke apa ke. What I felt that time is 'seronok' dan 'sejuk' sebab watercolor tu sejuk. Haha. Ok ok.

Then, Ustazah Wan mengulas sikit tentang aktiviti yang kitorang buat tu. Yang saya dapat simpulkan ialah, dalam hidup kita akan ada keadaan di mana kita diperlukan apabila mereka terdesak dan kita juga boleh ditolak atau dilupakan sekiranya mereka senang. Well, sering berlaku. Kan? I believe semua orang pernah terkena atau buat kt orang. Betul tak? Jangan tipu. Dosa. Hee. *gurau* So.. kita kenalah pandai bawak diri. Kerana apapun yang berlaku, semuanya ujian dari Allah. Kita perlu sabar dan tabah, serta redha dengan setiap yang berlaku. Kerana semuanya ada hikmahnya yang tersendiri. Wallahualam :)

Dan di pusingan akhir itulah kami ditentukan dan diasingkan kepada kumpulan. Nama kumpulan saya KOPENMEP (Korea + Jepun + MEP (Middle East Prog))..

Dan begitulah hari pertama kami berlalu...

InsyaAllah saya akan sambung esok. Dah panjang sangat nanti muak korang nak baca. Hehe.

*to be continue*

Assalamualaikum :))




Sunday 2 June 2013

New Life

Assalamualaikum. Alhamdulillah kembali saya di blog ini setelah sekian lamanya. Hahaha

Syukur ke hadrat Allah, rezeki dariNya yg sentiasa melimpah ruah, nama ku telah tersenarai dalam Program Khas Lepasan SPM 2012 oleh MARA untuk Ijazah Luar Negara. 26hb yg lalu aku telah mendaftar di INTEC Education College di Shah Alam :)

Oh ya, course yg aku dapat ialah 'Architecture, civil and environmental engineering'. 1tahun 10bulan persediaan di INTEC dan jika ada rezeki InsyaAllah dapat fly ke Jepun :) Kt Jepun nanti 3tahun Diploma and 2tahun Ijazah (Degree). Lama aku di negara orang :3

Okay. Meh saya nak cerita sikit tentang life di sana :)) Al-maklum aku tak pernah duduk hostel sebelum ni kannnnn...

Pagi 26hb tu kami bertolak dari Bangi around 6a.m lepas Subuh. Abah la excited sangat pi awal awal. Haha. Sampai sana, di Kediaman Cemara dan Akasia pada 7a.m. haaa amik hang. Awal bebenor. Sambil nak menunggu tu, kami breakpast la dulu kt kedai Bistro situ. Like usually aku takde selera T.T Adik aku yg tolong habiskan. Hahaha. Lepas tu ada la pelajar pelajar lain yg dtg mendaftar datang makan kt situ. Paling dekat kan.

Dah nak dekat pukul 8, berlegar-legar di kawasan luar pagar tu. Sbb was-was nak masuk. Macam tkde orang. Pastu nampak ramai yg masuk, kami pun masuk la. Masuk je ada abang kakak yg menunggu beri borang, tunjuk jalan dan sbg nya. Masa Minggu Destini Siswa ( MDS ) baru tahu yg abang kakak tadi namanya Pemimpin Mahasiswa atau kami panggil PM ja. Hehe.

Lepas selesai urusan pendaftaran yg serba ringkas akak pm tunjukkan bilik. Lepas tu masing masing kemas la. Hehe. Tempat kediaman aku di Kediaman Akasia, which is semua gugirls yg duduk situ. Kalau Cemara kena share dengan lelaki. Disebabkan tak cukup tempat. Oh, dalam rumah tu ada 2 bilik and each room 2 orang :D aku sama bilik dgn Syida ^^ Dia dari SMAP Labu. Fuhh.. pandai tu. Hehe. Then sebelah tu Izzah dengan Nasha ^^ Kami semua dari course yg serupa. Semua bakal ke Jepun. InsyaAllah. Doakan kami :))

Act I thought of nak letak gambar tapi ada masalah problem pulak. Update guna phone punya pasai. Hehe nak tengok boleh usha insta atau pun twitter ^^ @pockedot yeee.


Orientasi kt sana namanya diberi Minggu Destini Siswa ringkas nya MDS. Banyak taklimat la mostly. Intec ni special sikit. Tak sama dgn tempat lain. Bukan nak berlagak ye cuma bagitau apa yg I rasa. Hee jangan marah.

Macam biasa, tak sah la kalau prog macam ni tak dibahagikan kpd group kan. And aku dapat Group 3 yang kemuadiannya kami namakan INTIGA (intec + tiga) hahak. Group kami ada 13 orang, 8 perempuan 5 lelaki. Yg perempuan dapat kenal semua, tapi yg lelaki dapat kenal 2 orang je sebab yg lagi 3 orang busy settlekan mereka punya passport etc... sampai ke sudah tak cukup korum. Persembahan pun kami buat dgn yang mana ada je. Haha sedihhhh. Eh eh. PM kami, Abang Afifi dan Kak Nabilah, kami panggil Kak Bi :) Both of them memang baik. Hehe. Terima kasih banyak jaga kami sepanjang MDS :)

There are so many things nak share sebenarnya tapi dh panjang sangat pulak aihh.. tapi kat sana banyak yg aku dapat belajar. Mereka lain dgn sekolah aku dulu. Muslimah nye sangat alim.. sopan semua. Malu dengan diriku yg serba kekurangan ni.. harapnya aku dapat berubah sedikit demi sedikit di intec ni. InsyaAllah ^^ niat dh lama ada, dan mungkin ini peluang dan jalan yang Allah berikan.. doakan ^^

Ohh saja nak cerita, tempat kediaman kami di Seksyen 18 dan kampus di Seksyen 17. So kami nak ke kampus naik bas yg mmg dh sediakan :D kawasan kediaman kami pun sangat strategic which banyak kedai kedai kt situ. Nak cari makan and barang pun senang. Cuma ada duit ke tak je. Hahaha. Perlu jimat ni. Berdikari. Ecewah.

Itu aje kot setakat ni yg aku nak share.. maaf gambar tak dapek nak tunjuk kt sini. Rajin rajin la stalk twitter dgn instagram I. Pics banyak upload kt situ. Fb kureng. Hehe.

That's all for today. Cewah. Have a nice weekend and enjoy your remaining school holiday adik adik. Muehehe.

Doakan kami semua...

Assalamualaikum :)

Thursday 18 April 2013

MARA interview (Psychometric Test)

Assalamualaikum.

Lama tak update khabor. guane tu? takdok gapo. cuma malahhhhh jo. haha.

Okay. Alhamdulillah, hari tu... bila ek. 12th April , Jumaat lepas, aku semak keputusan permohonan Program Khas Ijazah Dalam dan Luar Negara under MARA. Alhamdulillah nama ku tersenarai.
Then hampir 5-6 hari aku prepare for that. Akupun tak tau apa benda yg aku prepare. haha.

Dan tarikh Interview tu ialah 18 April 2013. Ehh hari ni lah. Alhamdulillah sekarang aku dah selesai.

Meh nak cerita. baca lah kalau nak tahu. hehehe.

Aku tersedar dari mimpi yang tak berapa nak enak tepat pukul 6.05 pagi.
Awalkan. sebab aku punya mula pukul 9, tapi kena ada 1 jam lebih awal. so lepas hantar adik adik aku pi sekolah, terus pi ke KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) Bangi ;D

Sampai area Teras Jernang tu dalam 7.20 kot tak silap. masa tu tak jem lagi. Oh, aku pergi dgn my mom.
Sebelum tu kitaorang pi breakfast dulu kt gerai yg kt depan MFI tu. kat situ ada lah 3 - 4 orang budak sebaya aku dan memakai baju kurung (girls) // kemeja (boys) sedang breakfast bersama family masing-masing. Aku curi-curi dengar, mereka pun sama ada interview for MARA atau JPA-MARA. itu aku taktahu. tapi sekali nampak dah boleh agak diorang pun sama macam aku. Haha. Pagi tu selera aku takde sangat. so makan pun tak habis.

haaa.. banyak lagi. adik-adik, jangan ikut perangai buruk akak ni. kah kah.. Astaghfirullah
Okay dah lepas tu dalam 7.50 pagi kitaorang bergerak ke KPTM Bangi. ala dekat je pun. tak jauh mana dari gerai tu. Banyak juga kereta berderet nak masuk situ. kt pondok Pak Guard tu dia tanya
"adik MARA atau JPA-MARA?" aku jawab "MARA" then dia tunjukkan arah dewan tu. Rupanya dewan tu tempat tadika Hasif and Zharif punya Hari Ihtifal 2 tahun lepas.. hek eleeeeh. haha.

Dah parking kt padang bola (itu pun nak kena cerita :p) , panjat sikit bukit, langkah longkang, nasib baik tak jatuh. Aku kan ayu sikit hari ni pakai baju kurung. Takut terjatuh je kt longkang tu. Nasib baik selamat. hehehe. Okay masa tu dah ramai juga la yg dh sampai. Semua tgh tunggu sbb kaunter pendaftaran tak bukok lagi. Dalam 10-15 minit lepas tu kaunter dibuka. terus menyerbu semuanya. Akupun dikira orang yang terawal la mendaftar. Kalau tak lama kena beratur. Alhamdulillah dipermudahkan.

Dah selesai mendaftar tu, pi kt tempat mak tgh tunggu. dalam tak sampai 5 minit dia dah panggil masuk.. Okay akupun masuk. menurut perintah. kah kah. Dalam dewan tu tersusun indah meja-meja dan kerusi-kerusi. K sebijik macam nak SPM dulu. Cuma dewan ni lagi besar and tak ikut turutan. Siapa masuk dulu terus duduk ke seat hadapan. Aku dapat baris kedua, no 5 dari depan. kira awal la juga tu kan.
Dah duduk ada abang tu bagi taklimat. Suruh tunggu sampai semua calon dh masuk.. tunggu dalam 15 minit juga kot.

Tepat 9.25 a.m mula lah test. Test tu mengandungi ;

Section A : 50 Soalan in English
Section B : 50 Soalan in Bahasa
Section C : Short essay (not more than 50 words) , What do you see yourself in 5 years...

in 1 HOUR. okay 1 jam k 1 jammm !!!

sebenarnya aku dah survey dh dgn candidate lain yg dh duduk test ni 2 hari sebelum. dah boleh agak, tapi cuak mmg cuak takut tak sempat buat.

As safety, cewah. Sebagai langkah keselamatan aku buat essay dulu. Ni pun dh prepare dulu. Alhamdulillah. 5 minit je dah siap :) thenn masuk objectives Q tu. Soalan dia merangkumi tentang Keusahawanan, Leadership Skills, sikit tentang IT, sikit ada soalan Math, soalan Vocab pun ada, tu yg in English. BM punya banyak nilai-nilai sivik la. so anak-anak, sivik itu penting ye. hahaha.

Soalan math ada kot dalam 2 soalan tak dapat jawab. tembak saja. Boleh menangis den tak jawab math tu. tapi disebabkan masa terhad dan banyak lagi soalan lain. I just redha. Tgh khusyuk buat tu, loceng dibunyikan sekali, menandakan 15 minutes more left. Haaaa time tu baru masuk soalan BM. ada dalam 40 lebih soalan. Haaa mula lah gelabah. tangan aku menggigil nak lorek kt kertas OMR pun macam orang parkinson dah. Cuak sangat masa tu. Baca pun sepintas lalu, main petik je jawapan yg terlintas di kepala. Then..... loceng dibunyikan 2 kali menandakan tamat masa.... masa tu... Ya Allah. ada lagi 3 soalan. memang tak sempat baca soalan and I just mark the answer. Tawakkal saja.....

Kami diarahkan keluar row by row then terus beredar. Ada 2 orang kawan yg baru kenal pun kata tak sempat buat. Ada rasa lega sikit sbb ada juga yg satu geng dengan aku. Hehehe.

Lepas tu terus lah bergerak balik. Dia tak ada pulak bagitahu bila result keluar. Kena selalu alert dan check web MARA.....

What can I say now is.. hanya Doa dan Tawakkal. Ada rezeki insyaAllah tak ke mana. Semuanya Allah tentukan. Yang penting jangan putus harapan dan terus maju. Fikir positif. Setiap yg berlaku ada hikmah.
Kini aku menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa....

Opsss. hampir terlupa... Saya nak mengucapkan ribuan/berjuta terima kasih kepada Mummy dan Abah, sebab banyak bantu dalam membuat persediaan. Mummy siap buat surat beranak baru sebab tak jumpa yang lama.. terharu gitu... Tak lupa juga kepada Teh, my beloved aunt for many info and supports :) Thank you Teh.. Lagi dan lagi, beribu berjuta terima kasih kepada Teacher Kauthar yg banyak membantu especially yg berkaitan dgn English. Thank you teacher :)))) dan dan, kepada Cikgu Alidah juga, terima kasih atas sokongan moral dan doa yang tak henti-henti beliau berikan. Thanks cikgu. Love you so much. ada lagi ni, terima kasih juga kepada cikgu Rohaniah yg membuka jalan untuk saya bertanya kepada Cikgu Faridah dan juga anaknya yg banyak memberi info hari tu. Terima kasih banyak banyak. Moga Allah murahkan rezeki mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya....

Ecewah speech macam menang anugerah sejuta je. hehe. Jasa dan budi orang jangan sekali-kali kita lupa, hargailah walau dengan ucapan terima kasih :) Jangan sombong dan meninggi diri kelak jika berjaya. Sentiasa ingat orang yang selalu ada untuk menyokong kita.

"Di kala mendongak ke langit, Jangan lupa rumput di bumi" pesanan dari insan yang cukup aku hormati dan aku sayangi. insyaAllah akan ku ingat sampai bila-bila :)

That's it.
Doakan saya ye . InsyaAllah :) Terima Kasih. Jazakallahu khaira.. Allah Ma'ana :)

Assalamualaikum !

Sunday 31 March 2013

31.3.13

Assalamualaikum :)

Lama dah tak update blog. hampir sebulan lebihhhhh.
Malas nak update. hehe. bukan ada apa penting pun.

Eh tengok tak tajuk tu? tarikh tu? 31.3.13 . yeayyyyy. lawa kan lawa kan lawakan lawakkkkkkk. haha
takde apa saje nak cakap tarikh tu unik. tapi aku sorang je kecoh. kah kah..

Okay, alhamdulillah, Result saya mampu membanggakan kedua ibubapa , guru-guru & saudara-mara (?) ehhh. haha. alhamdulillah syukur. :) taknak ulas lanjut sebab dah lama berlalu. hehe. need to face forward.
banyak lagi cabaran dan rintangan yang bakal ku hadapi kelak. cehhh poyosss. haha.
cuma ingin minta jasa baik pembaca blog (kalau ada yg baca :p) doakan saya dan rakan-rakan berjaya pada masa akan datang serta akhirat :') Aamiin....

Okay, ni lagi satu cerita. hari jumaat lepas, 29.3.13, guru kelas kitaorang buat makan-makan sikit.
saje nak kumpul dengan budak-budak kelas, sebelum kami melanjutkan pelajaran and sebelum mereka-mereka ke PLKN.. hehe. walaupun tak semua yg dapat datang, tapi alhamdulillah ramai jugak ;)
yang syok nye masing-masing stok bawak kereta. untung laaaaah. bajet bajet gituwwwww. hahaha lol.

taknak cakap banyak. usha je la gambar okay ;))

Cikgu Jijah :D tuan rumah. hihi
dapat juga tangkap :pp












zahraaa anak teacher. hihi. mengantuk ke malu tu? ;D


us :)

ada lagi gambar sebenarnya. tapi cukup lah. hehehehe. ;))

Di sini saya ingin mengucapkan berjuta-juta (over gitu) terima kasih kepada guru kelas kami, sbb sudi buat makan-makan untuk kitaorang :) Terima kasih cikguuuu ! :D Terima kasih juga kpd Cikgu Alidah, Teacher Kauthar & Cikgu Tim sbb sudi datang memeriahkan majlis. ececeh. sebenarnya harap sangat cikgu-cikgu lain dapat datang sekali, tapi nampaknya tak ada rezeki. tak apa lah :))

Okay, that's all.....
Thank You For Readinggggg...

Assalamualaikummmmm ;)) Eh Eh Selamat Kembali Ke Sekolah Adik Adik. hihihi. Daaaaaaaaaaaaaa

Friday 8 February 2013

LULUS :D

Assalamualaikum :)

Hari ni 8/2/2013 aku mengambil ujian JPJ utk lesen kelas D (kereta)...
aku amik kt AMSA cawangan Bangi yg terletak di Sg. Merab Luar :D

Setelah dekat 2 bulan aku di AMSA.. akhirnya hari ni baru aku dapat ambil ujian..

although it had frighten me so much.. tak leh tidur lena tau malam tadi...
tapi berbaloi lah tak dapat tidur... aku lulus dua-dua bahagian (Bhg II & Bhg III) Alhamdulillah :D

ni nak cerita ni..

dalam pukul 8 pagi macam tu, runner Cikgu Is datang amik aku dan mak :3 padahal janji pukul 7.30.. lama jugaklah menunggu.. tak kisah la janji sampai. haha.

bila dh sampai kt kawasan pagar AMSA tu, dari luar pun aku boleh nampak how crowded inside there.. ramai gila orang nak amik test hari ni. beratur sampai luar haaaaa... akupun beratur lah, nak amik no giliran..
lepas tu, sambil-2 menunggu.. aku nampak berderet kereta Kancil & Viva dah tersedia di dalam litar...
wuwwwww ~

Dah selesai pendaftaran semua.. calon-calon sesi pertama diminta berkumpul kt Garaj. Ada taklimat dari Pegawai JPJ.. sementara tunggu Pegawai tu datang. aku sempat tangkap jap.. hehe satu je lah.

kereta-kereta yang sedang menunggu untuk diuji. kih kih
Haaa. tiba-tiba hujan pulakk.. nasib baik tak lebat.. tak pernah lagi sebelum ni masa aku buat praktikal hujan. tak biasa pulak..

Eh lupa lupa.. aku punya no giliran no.20 sesi pertama.. 11 orang pertama dah dipanggil utk ujian bhg 2. aku tunggu jelah turn aku..

Ohh mesti tertanya-tanya kenapa ada kancil and viva kan? sebenarnya kancil untuk dalam litar (bhg 2) and viva pulak utk ujian jalan raya (bhg 3).. hehe paham dah? :D

Okay turn aku dah sampai.. nasib baik kereta kancil yg aku dapat tu lebih kurang sama je keadaan clutch / handbrake dengan kereta kancil Cikgu Is.. :D

Ujian Bhg II
1. Bukit - 3 Minit
2. Parking - 5 Minit
3. 3 Penjuru - 3 Minit...

Jeng Jeng Jeng !!!

Bhg II - LULUS :DDDD
Yeayyyyy Alhamdulillah :D

Lepas tu tunggu untuk ujian jalan raya pulak...
lama jugaklah menunggu, dah akhirnya nombor aku dipanggil.

Aku dapat Pegawai JPJ yg agak okay laaa. haha. tak strict sangat.
masa mula-mula nak start tu, handbrake tu keras sangat. aku tak dapat nak tekan. Pegawai tu tolong buat. haha malunyaaaaaa !

So far aku bawak selamat.. takde langgar apa-apa yg boleh menyebabkan GSM (Gagal Serta Merta)..
On the way nak balik ke AMSA tu, masa turun bukit. ada ke patut dia suruh aku bawak laju.. 180 km/j.
aku cakap la takleh. pastu dia tanya sapa kata tak boleh. aku nak je cakap, dah korang yg lebih tahu. tanya aku pulak. hahaha. aku cakap la dh kt highway pun had limit 110 km/j jeeee. dia kata sini bukan highway. eh nyok laaaa. haha aku diam je. lepas tu dia tanya lagi sapa kata sapa kata. aku cakap lah kena ikut undang-undang. lepas tu dia perli aku cakap udang-udang ! errr. hahahaha ! sabar je lah.

janji aku LULUS... !!

17/20 .. yeah atas 16. LULUS :D Alhamdulillah
Haaaaa lega !!! hehehe..

Akhir kata. aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Cikgu Iskandar yg telah mengajar aku selama ni. Walaupun aku tak banyak cakap berborak dengan cikgu.. hehe malu. Tapi cikgu ni baik sangat :D sporting pula tu. Cikgu ni bekas kapten tentera kalau tak silap. sekali dia jerit... haaa amik kau. satu kampung dengar. hahaha :D apapun. Cikgu Is the best. Terima Kasih Banyak-Banyak :DDDD lepas ni dh tak jumpa kot. huhuhu sedih sikit. haha...

Azam aku lepas ni. nak jadi PEMANDU BERHEMAH. hahahaha insyaAllah !

Pandu Cermat Jiwa Selamat
Ingatlah Orang Tersayang
Anda Mampu Mengubahnya

HAHAHAHA k over .

hehe. okay dah.. saya nak tengok Running Man. ciao.

Assalamualaikum :D

Thursday 31 January 2013

Kembali Ke Reko. heheh ;) Alhamdulillah

Assalamualaikum dan selamat petang :D

Dah Asar belum? kalau belum cepat cepaaaaat.. tak baik tangguh-tangguh.. :)
Okay sementara nak tunggu kawan datang nak ambil barang.. aku nak tulis sikit pasal semalam :D

Ceritanya bermula begini.....

Sedang aku memakai telekung nak solat Zohor.. ada satu call masuk :D

--->Pn.Alidah<---

Cikgu ajak pergi makan, tapi kebetulan aku baru lepas makan, sebab parents kerja half day sebab nak bawak zharif pergi klinik. so ada la makanan. Kalau tak, tak makan jugak aku. hehehe.

Tapi cikgu ajak teman jugak, lepas tu kata nak pergi Reko.. akupun terus setuju lew. hehehe
Rindu gila nak pergi Reko tauuuuuu...

Bukannya ada hal penting pun, saje nak menjenguk setelah 2 bulan aku terperap kt rumah.. hihi
Seronok bila jejak sekolah tu. Jumpa budak-budak junior. budak-budak pengawas la ramai. hehe.
Alang-alang tu pergi minta majalah kt Cikgu Tim then lepak kt bilik redaksi kejap :D

Semalam kn hari Rabu, so diorang ada koko. Perjumpaan Unit Beruniform...
masa nak balik tu cikgu kasi chance jenguk budak PBSM.. jenguk Haziq Aziz sebenarnya. haha karang kalau balik tak bagitahu marah pulak budak tu...

Walaupun sekejap. tapi aku sangat bersyukur..

Sebenarnya... aku pernah janji, tapi tak berapa janji la dengan Haziq.. nak pergi sekolah hujung bulan satu ni... tapi nampak macam mustahil je.. so aku tak dapat nak janji... aku just cakap 'In Shaa Allah' which means If Allah Wills / Dengan Izin Allah ... yah, Alhamdulillah.. Allah izinkan aku pergi jenguk sekolah dan menepati janji yg tak berapa nak janji tu.. Alhamdulillah.. Allah Maha Besar.. Dia Maha Kuasa.. Dia izinkan aku pergi sekolah.. semuanya kerja Dia.. aku bersyukur sangat-sangat.. Doa aku dimakbul tepat pada waktunya... Alhamdulillah Alhamdulillah..... Love Allah is the Greatest....

Main point aku dalam entri ni.. kalau kita benar-benar inginkan sesuatu.. kalau kita berdoa dan percaya Qada' dan Qadarnya.. In Shaa Allah.. Dia akan mengatur jalan buat hambaNya... Aamin :)

Alhamdulillah...

That's all for this entry..

Assalamualaikum :D

Thanks to Cikgu Alidah.. hehe Love you

Sunday 27 January 2013

Jom Masuk U !

Assalamualaikum. hai hai hai ;)

Hari ni, aku dan beberapa orang kawan pergi ke Karnival Jom Masuk U yg diadakan di Padang Varsiti, UM anjuran Institut Pengajian Tinggi.. kot. haha. Perkara ni aku fikir banyak kali, sama ada nak pergi yg ni atau satu lagi Seminar yg diadakan untuk halatuju masa depan... last-last aku decide nak pergi karnival ni. Sebabnya.. sebab sebenarnya aku dah lama pun nak pergi & nak jumpa kawan-kawan sebenarnya. hahaha.

Aku keluar rumah 5 minit sebelum pukul 8 pagi (padahal janji jumpa pukul 8).. teruk kan? hahaha.
Pukul 8 aku janji jumpa Syira zoro, Yasmin & Mariah kt KTM UKM.. yang lain ada yg dari Bangi dan dari Kajang.. yg dari Bangi, Syima, Huda and Azie, diorang turun kt UKM, yg dari Kajang, Syu, Sala, Aina and Fizah, kteorg jumpa di KL Sentral...

Menunggu Cik Mariah sampaiiiiiii :)

Okay.. Perjalanan kteorg dari KTM Bangi/UKM/Kajang ----> KL Sentral ----> LRT ke Stesen Universiti ----> RapidKL bas T632 ----> UM ..

Lama jugak nak menyampai. haha penat satu dua tiga hal.. Exercise sekali sekala.. Ramai jugak budak-budak yg menuju ke destinasi yg sama. Satu bas rapid tu penuh dengan budak-budak nk pergi karnival. haha. Excited pulak ;)

Sambil-sambil menunggu bas tu....

salasiah - syuhada - syima = 3S hahahaha

hazirah - huda = 2H? hehe

yasmin - mariah - hafizah - syira = mixed. hoho

huda - me ;D
Dah sampai tu kteorg terus jalan. Aku macam biasa sentiasa tertinggal di belakang. hahaha masalah aku tak boleh jalan laju-laju. isk isk :p





Sampai-sampai terus masuk ke kawasan yg ada karnival tu.. bila masukkan, ya Allah.. ramai sungguh. macam pasar borong pun ada. haha. Tapi lagi ramai rombongan sekolah la. tu yg sesak sangat tu. Kami di sini sangat jealous melihat mereka memakai baju sekolah. hahaha. Mesti budak-budak form 5 tahun ni kan. Untung lah dpt pendedahan dari awal tahun ;) Disebabkan terlalu ramai / crowded.. and tangan penuh dengan beg kertas, pamphlet dan berbagai-bagai lagi, takde masa nak tangkap gambar. hahaha. sadissss.

Dah agak-agak dh habis pusing dan penat.. Kteorg pun keluar. Lepas tu Cik Syima pulak kena masuk kerja pukul 3 petang .. so kami pun bertolak balik. Kteorg berpisah dgn Huda & Azie sebab diorang nak jumpa dgn Farah yg datang lambat masa tu ;)

Tapi sebelum balik makan jappp. Perut ku dh berkeroncong.. haha. Tapi biasalah, time event macam ni depa jual harga yg tak sepatutnya. Ish ish. Kteorg makan kt tepi longkang.. hahaha. Jangan risau, longkang tu bersih ;p tang-tang tengah makan tu aku terdengar someone panggil nama aku. Rupa-rupanya Najwa (5TV2) dan Family pun ada sekali ;) hehe



Lepas tu, ingat nak tangkap gambar depan pintu gerbang tu. Tup tup bas dah sampai.. haha. Kejar-kejar.. Balik lah naik bas tu :)

Bertolak balik dalam pukul 12.30 then sampai UKM dalam pukul 2 macam tu. Penat tahu. haha. Masing-masing dah layu :3 Tapi best lah dapat pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan :D seronok tau. Semoga ukhuwah kami dikekalkan hingga akhir hayat dan ke akhirat hendaknya. InsyaAllah..

Anyway, terima kasih kpd kawan-kawan yg menjoinkan diri :D nanti bila-bila kita pergi tempat lain pulak.. cehh. hehe. Hope kita semua dapat melangkah kaki seterusnya di mana-mana IPTA/IPTS or mana-mana lah. hehehe.

Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah...

Alhamdulillah, Thanks Everything To Allah.. kerana mempermudahkan perjalanan & urusan kami ;) Alhamdulillah...

Itu saja... Mata aku dh kuyu ni.. hehe. Thanks for reading :D

Assalamualaikum ^^


Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H..

Hari yang membawa erti yang sangat besar kepada seluruh Umat Islam..
12 Rabiul Awal merupakan Hari Kelahiran Rasul kita... Nabi Muhammad S.A.W..

banyakkan berselawat dan mengamalkan sunnah baginda semampu mungkin..
semoga kita umatnya memperoleh syafa'at baginda pd hari akhirat kelak... Amin..




Assalamualaikum :)

Monday 14 January 2013

Nasi Goreng Hangusss

Assalamualaikum :D

Selamat tengah hari semuaaaaa. dah lunch??

well saya dah. ni nak cerita pasal ni la. nampak tajuk tu? nampak? nampak???
"Nasi Goreng Hangus" hahahahahaha. sound funny. tapi memang betul pun.

kih kih kih

kan kan. gelap je. hahahahaha. terlebih kicap maybe. lepas tu aku cuak dengan api. hahaha.

entah mengapa tiba-tiba rajin nak masak.
bahan-bahan ;
ikan goreng lebihan semalam , carrot 1/10 kerat *haha*, nasi lebih semalam, kicap, gula & garam secukup rasa

recycle you know? bagus kan. hahaha.
rupa nya hodoh. haish. tapi bila makan not bad laaa.
sebenarnya aku nak buat nasi goreng sbb rindu nk makan nasi goreng tok :3
nasi goreng tok saya the best in the world. kalo kt kampung tok masak, semua berebut-2 tau. mesti licin punya. sedap sangat. anak dia, abah aku pun cakap nasi goreng tok paling sedakkk. haha.

dulu aku pernah memerhati *ceh* tok masak nasi goreng dia. bahan pun tok pakai ikan goreng lebihan. lepas tu special tok aku letak gula, jarang orang guna gula kan? kot. haha.

well. rasa dia dh hampir-2 dh dengan nasi goreng tok. haha. tapi tak sesedap tok masak :'3

yeee saya mengaku saya tak pandai masak. haha. dulu masa kecik2 rajin sangat nak tolong, tapi my mom tak kasi. so sampai besar malas nak ke dapur. wakaka. ish ish. jangan salahkan ibu mengandung :p

ini lah dikatakan indah khabar dari rupa? eh bukan, indah rasa dari rupa okay. haha boleh telan and boleh diterima perut. kira lulus lah kan? takde orang nak judge masakan saya. saya duduk rumah sorang-2. haha. masuk perut aku jela. hehe.

\eleh setakat nasi goreng apa lah sangat/
ye saya tahu , nasi goreng je pun. janji saya cuba kan? haishhh.

haha okay la itu je.

Have a nice lunch everyone :)

Assalamualaikum :D

Thursday 10 January 2013

2013

Assalamualaikum :) hai kawan-kawannnn :D

I think this is the first post of mine for the year 2013..
what I've been? nothing.. duduk rumah goyang kaki. and I'm too lazy to update my blog. kihkih
lagipun takde apa yg menarik nak dikongsikan..

tahun 2013 aku bermula tak seperti tahun-tahun sebelum ni..
sebab aku dah tak perlu ke sekolah lagi. penganggur terhormat weh. haish.

sambil-sambil tu ada jugak pergi driving school. I have another 4 hours before I can take JPJ Test :3
wahh tak sabarnya nak ada lesen. lepas tu bebas ke mana sahaja.
nak pergi reko pun boleh. takde masalah punya :)

cakap pasal reko.. aku terharu jugak sebab ada yang masih teringatkan aku di sekolah tu walaupun kami dh habis sekolah. terharu dan tersentuh.. tapi nak buat macam mana. masa tak boleh diulang balik.. redha saja.. itu yg terbaik In Shaa Allah :)

akupun ada jugak dengar peraturan semakin ketat. well. good for them. *nasib saya dh habis sekolah.. hehehe jangan maraaaaah !*

kawan-kawan aku ramai yg dh start kerja. antaranya Cik Syimaaa. dia kerja kt Pizza Hut @ Warta. nak jumpa dia pergi lah sana. hehe. Cik Mariah pula di Rasamas @ Warta jugaaaaa. Encik Yasir pun bekerja di salah sebuah kedai dalam Warta tu jugaaaak. semua stok warta jeee ni --. lepas tu aku ada dengar jugak, Haiqal, Meor, Irad & Aiman kerja kt McD Bangi tu.. wow, nak jumpa bila-bila pun boleh sebenarnya. cuma nak or taknak atau rajin or malas jeee. hehe

saya sangat cemburu sebenarnya dengan mereka.. bosan tahu duduk rumah. aishhh. sorang-sorang pulak.. yg lain semua sekolah / kerja -______________-. k. nak sekolah balik... k. nak sekolah balik !!!!!

lepas tu pasal permohonan UPU ni pulaa. banyak kemain benda kene isi. haih dah banyak kali aku ushaaa. pening-pening jee. sabtu ni nak isi sama-sama dengan Syima and Mariah.. tak sabar nak gather balik. kihkih.. haihh. semoga berjalan lancar lah permohonan kami :3 Aamin..

Oh ya ya. Malam ni jugak episod terakhir Adam & Hawa. Jangan lupa saksikan di Astro Mustika HD. kahkah. promote pulak.. hehe. selama ni pukul 10 aku tunggu cerita ni je. yg lain takde cerita best. sigh*

okay itu je kot.. adik-adik ku belajar rajin-rajin. have fun di sekolah k :D tapi jangan terlampau fun sangat sampai pelajaran terabai. ingat tuuuu ! jangan hampakan ibubapa tau. mereka banyak berkorban utk kita sebenarnya :) okay itu je kot. hehe

Assalamualaikum wbt :) see yaaa !