Hari ni, aku dan beberapa orang kawan pergi ke Karnival Jom Masuk U yg diadakan di Padang Varsiti, UM anjuran Institut Pengajian Tinggi.. kot. haha. Perkara ni aku fikir banyak kali, sama ada nak pergi yg ni atau satu lagi Seminar yg diadakan untuk halatuju masa depan... last-last aku decide nak pergi karnival ni. Sebabnya.. sebab sebenarnya aku dah lama pun nak pergi & nak jumpa kawan-kawan sebenarnya. hahaha.
Aku keluar rumah 5 minit sebelum pukul 8 pagi (padahal janji jumpa pukul 8).. teruk kan? hahaha.
Pukul 8 aku janji jumpa Syira zoro, Yasmin & Mariah kt KTM UKM.. yang lain ada yg dari Bangi dan dari Kajang.. yg dari Bangi, Syima, Huda and Azie, diorang turun kt UKM, yg dari Kajang, Syu, Sala, Aina and Fizah, kteorg jumpa di KL Sentral...
Menunggu Cik Mariah sampaiiiiiii :) |
Okay.. Perjalanan kteorg dari KTM Bangi/UKM/Kajang ----> KL Sentral ----> LRT ke Stesen Universiti ----> RapidKL bas T632 ----> UM ..
Lama jugak nak menyampai. haha penat satu dua tiga hal.. Exercise sekali sekala.. Ramai jugak budak-budak yg menuju ke destinasi yg sama. Satu bas rapid tu penuh dengan budak-budak nk pergi karnival. haha. Excited pulak ;)
Sambil-sambil menunggu bas tu....
salasiah - syuhada - syima = 3S hahahaha |
hazirah - huda = 2H? hehe |
yasmin - mariah - hafizah - syira = mixed. hoho |
huda - me ;D |
Sampai-sampai terus masuk ke kawasan yg ada karnival tu.. bila masukkan, ya Allah.. ramai sungguh. macam pasar borong pun ada. haha. Tapi lagi ramai rombongan sekolah la. tu yg sesak sangat tu. Kami di sini sangat jealous melihat mereka memakai baju sekolah. hahaha. Mesti budak-budak form 5 tahun ni kan. Untung lah dpt pendedahan dari awal tahun ;) Disebabkan terlalu ramai / crowded.. and tangan penuh dengan beg kertas, pamphlet dan berbagai-bagai lagi, takde masa nak tangkap gambar. hahaha. sadissss.
Dah agak-agak dh habis pusing dan penat.. Kteorg pun keluar. Lepas tu Cik Syima pulak kena masuk kerja pukul 3 petang .. so kami pun bertolak balik. Kteorg berpisah dgn Huda & Azie sebab diorang nak jumpa dgn Farah yg datang lambat masa tu ;)
Tapi sebelum balik makan jappp. Perut ku dh berkeroncong.. haha. Tapi biasalah, time event macam ni depa jual harga yg tak sepatutnya. Ish ish. Kteorg makan kt tepi longkang.. hahaha. Jangan risau, longkang tu bersih ;p tang-tang tengah makan tu aku terdengar someone panggil nama aku. Rupa-rupanya Najwa (5TV2) dan Family pun ada sekali ;) hehe
Lepas tu, ingat nak tangkap gambar depan pintu gerbang tu. Tup tup bas dah sampai.. haha. Kejar-kejar.. Balik lah naik bas tu :)
Bertolak balik dalam pukul 12.30 then sampai UKM dalam pukul 2 macam tu. Penat tahu. haha. Masing-masing dah layu :3 Tapi best lah dapat pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan :D seronok tau. Semoga ukhuwah kami dikekalkan hingga akhir hayat dan ke akhirat hendaknya. InsyaAllah..
Anyway, terima kasih kpd kawan-kawan yg menjoinkan diri :D nanti bila-bila kita pergi tempat lain pulak.. cehh. hehe. Hope kita semua dapat melangkah kaki seterusnya di mana-mana IPTA/IPTS or mana-mana lah. hehehe.
Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah...
Alhamdulillah, Thanks Everything To Allah.. kerana mempermudahkan perjalanan & urusan kami ;) Alhamdulillah...
Itu saja... Mata aku dh kuyu ni.. hehe. Thanks for reading :D
Assalamualaikum ^^
No comments:
Post a Comment