Thursday, 18 April 2013

MARA interview (Psychometric Test)

Assalamualaikum.

Lama tak update khabor. guane tu? takdok gapo. cuma malahhhhh jo. haha.

Okay. Alhamdulillah, hari tu... bila ek. 12th April , Jumaat lepas, aku semak keputusan permohonan Program Khas Ijazah Dalam dan Luar Negara under MARA. Alhamdulillah nama ku tersenarai.
Then hampir 5-6 hari aku prepare for that. Akupun tak tau apa benda yg aku prepare. haha.

Dan tarikh Interview tu ialah 18 April 2013. Ehh hari ni lah. Alhamdulillah sekarang aku dah selesai.

Meh nak cerita. baca lah kalau nak tahu. hehehe.

Aku tersedar dari mimpi yang tak berapa nak enak tepat pukul 6.05 pagi.
Awalkan. sebab aku punya mula pukul 9, tapi kena ada 1 jam lebih awal. so lepas hantar adik adik aku pi sekolah, terus pi ke KPTM (Kolej Poly-Tech MARA) Bangi ;D

Sampai area Teras Jernang tu dalam 7.20 kot tak silap. masa tu tak jem lagi. Oh, aku pergi dgn my mom.
Sebelum tu kitaorang pi breakfast dulu kt gerai yg kt depan MFI tu. kat situ ada lah 3 - 4 orang budak sebaya aku dan memakai baju kurung (girls) // kemeja (boys) sedang breakfast bersama family masing-masing. Aku curi-curi dengar, mereka pun sama ada interview for MARA atau JPA-MARA. itu aku taktahu. tapi sekali nampak dah boleh agak diorang pun sama macam aku. Haha. Pagi tu selera aku takde sangat. so makan pun tak habis.

haaa.. banyak lagi. adik-adik, jangan ikut perangai buruk akak ni. kah kah.. Astaghfirullah
Okay dah lepas tu dalam 7.50 pagi kitaorang bergerak ke KPTM Bangi. ala dekat je pun. tak jauh mana dari gerai tu. Banyak juga kereta berderet nak masuk situ. kt pondok Pak Guard tu dia tanya
"adik MARA atau JPA-MARA?" aku jawab "MARA" then dia tunjukkan arah dewan tu. Rupanya dewan tu tempat tadika Hasif and Zharif punya Hari Ihtifal 2 tahun lepas.. hek eleeeeh. haha.

Dah parking kt padang bola (itu pun nak kena cerita :p) , panjat sikit bukit, langkah longkang, nasib baik tak jatuh. Aku kan ayu sikit hari ni pakai baju kurung. Takut terjatuh je kt longkang tu. Nasib baik selamat. hehehe. Okay masa tu dah ramai juga la yg dh sampai. Semua tgh tunggu sbb kaunter pendaftaran tak bukok lagi. Dalam 10-15 minit lepas tu kaunter dibuka. terus menyerbu semuanya. Akupun dikira orang yang terawal la mendaftar. Kalau tak lama kena beratur. Alhamdulillah dipermudahkan.

Dah selesai mendaftar tu, pi kt tempat mak tgh tunggu. dalam tak sampai 5 minit dia dah panggil masuk.. Okay akupun masuk. menurut perintah. kah kah. Dalam dewan tu tersusun indah meja-meja dan kerusi-kerusi. K sebijik macam nak SPM dulu. Cuma dewan ni lagi besar and tak ikut turutan. Siapa masuk dulu terus duduk ke seat hadapan. Aku dapat baris kedua, no 5 dari depan. kira awal la juga tu kan.
Dah duduk ada abang tu bagi taklimat. Suruh tunggu sampai semua calon dh masuk.. tunggu dalam 15 minit juga kot.

Tepat 9.25 a.m mula lah test. Test tu mengandungi ;

Section A : 50 Soalan in English
Section B : 50 Soalan in Bahasa
Section C : Short essay (not more than 50 words) , What do you see yourself in 5 years...

in 1 HOUR. okay 1 jam k 1 jammm !!!

sebenarnya aku dah survey dh dgn candidate lain yg dh duduk test ni 2 hari sebelum. dah boleh agak, tapi cuak mmg cuak takut tak sempat buat.

As safety, cewah. Sebagai langkah keselamatan aku buat essay dulu. Ni pun dh prepare dulu. Alhamdulillah. 5 minit je dah siap :) thenn masuk objectives Q tu. Soalan dia merangkumi tentang Keusahawanan, Leadership Skills, sikit tentang IT, sikit ada soalan Math, soalan Vocab pun ada, tu yg in English. BM punya banyak nilai-nilai sivik la. so anak-anak, sivik itu penting ye. hahaha.

Soalan math ada kot dalam 2 soalan tak dapat jawab. tembak saja. Boleh menangis den tak jawab math tu. tapi disebabkan masa terhad dan banyak lagi soalan lain. I just redha. Tgh khusyuk buat tu, loceng dibunyikan sekali, menandakan 15 minutes more left. Haaaa time tu baru masuk soalan BM. ada dalam 40 lebih soalan. Haaa mula lah gelabah. tangan aku menggigil nak lorek kt kertas OMR pun macam orang parkinson dah. Cuak sangat masa tu. Baca pun sepintas lalu, main petik je jawapan yg terlintas di kepala. Then..... loceng dibunyikan 2 kali menandakan tamat masa.... masa tu... Ya Allah. ada lagi 3 soalan. memang tak sempat baca soalan and I just mark the answer. Tawakkal saja.....

Kami diarahkan keluar row by row then terus beredar. Ada 2 orang kawan yg baru kenal pun kata tak sempat buat. Ada rasa lega sikit sbb ada juga yg satu geng dengan aku. Hehehe.

Lepas tu terus lah bergerak balik. Dia tak ada pulak bagitahu bila result keluar. Kena selalu alert dan check web MARA.....

What can I say now is.. hanya Doa dan Tawakkal. Ada rezeki insyaAllah tak ke mana. Semuanya Allah tentukan. Yang penting jangan putus harapan dan terus maju. Fikir positif. Setiap yg berlaku ada hikmah.
Kini aku menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa....

Opsss. hampir terlupa... Saya nak mengucapkan ribuan/berjuta terima kasih kepada Mummy dan Abah, sebab banyak bantu dalam membuat persediaan. Mummy siap buat surat beranak baru sebab tak jumpa yang lama.. terharu gitu... Tak lupa juga kepada Teh, my beloved aunt for many info and supports :) Thank you Teh.. Lagi dan lagi, beribu berjuta terima kasih kepada Teacher Kauthar yg banyak membantu especially yg berkaitan dgn English. Thank you teacher :)))) dan dan, kepada Cikgu Alidah juga, terima kasih atas sokongan moral dan doa yang tak henti-henti beliau berikan. Thanks cikgu. Love you so much. ada lagi ni, terima kasih juga kepada cikgu Rohaniah yg membuka jalan untuk saya bertanya kepada Cikgu Faridah dan juga anaknya yg banyak memberi info hari tu. Terima kasih banyak banyak. Moga Allah murahkan rezeki mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya....

Ecewah speech macam menang anugerah sejuta je. hehe. Jasa dan budi orang jangan sekali-kali kita lupa, hargailah walau dengan ucapan terima kasih :) Jangan sombong dan meninggi diri kelak jika berjaya. Sentiasa ingat orang yang selalu ada untuk menyokong kita.

"Di kala mendongak ke langit, Jangan lupa rumput di bumi" pesanan dari insan yang cukup aku hormati dan aku sayangi. insyaAllah akan ku ingat sampai bila-bila :)

That's it.
Doakan saya ye . InsyaAllah :) Terima Kasih. Jazakallahu khaira.. Allah Ma'ana :)

Assalamualaikum !

1 comment:

azreen jumadi said...

dik.boleh bg contoh soalannye x? thnks!