Monday, 31 December 2012

Itu Ini Itu Ini... The End of 2012 :)

Assalamualaikum :)

okay sekarang dah pukul 9 malam lebih dan dh nak pukul 10 dah pun .. haha
orang lain mungkin dh sibuk menanti utk meraikan kehadiran tahun 2013 with family or friends or... ah. tak kisah. and saya macam biasa di rumah. haha. takde apa-apa event pun nak sambut Tahun Baru Masihi ni..
sejak dah tahu tentang hukum-hakam menyambut perayaan macam ni.. aku takde lah nak sambut obvious sangat. biarlah sederhana. hanya bersyukur kerana masih diberi nyawa untuk menyambut kedatangan tahun baru. itu sahaja. In my opinion, tak perlu lah nak meriah-meriah sangat.. kita sbg orang Islam.. tak perlu terikut-ikut dgn budaya barat yang cuma hendak menyesatkan umat Islam sahaja... eh panjang pulak aku ceramah.. haha.

so malam ni aku nk simpulkanlah apa yg telah berlaku sepanjang tahun 2012 ;) kalau rajin baca lah ye. hehe

okay dalam tahun 2012.. macam-macam pengalaman aku dapat..

tahun 2012, aku masuk ke tingkatan 5, yg bakal menduduki SPM.. dan  telah diberikan amanah sebagai Penolong Ketua Pengawas 1 oleh pihak sekolah..

mana tak berdebarnya, kalau dh diberi amanah yg besar sebegitu.. menggigil-gigil, sampai termimpi-mimpi.. haha. apapun.. saya nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada cikgu She dan pihak sekolah kerana telah memberikan saya kepercayaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab ni :) terima kasih yg tak terhingga..

ada untungnya juga jadi pengawas dan ada jawatan ni.. aku dapat banyak ilmu kepimpinan.. tahun ni aku banyak diberi peluang untuk menjadi fasilitator utk kem-kem yg dianjurkan di bawah Unit HEM.. bersama-sama SAZIC.. terima kasih, terima kasih, terima kasih.. bak kata cikgu She juga, ilmu kepimpinan ni kita tak boleh dapat dalam kelas :) that's true.. alhamdulillah aku diberi nikmat oleh Allah atas bakat aku yg tak berapa nak menonjol ni.. hehe. Terima Kasih Ya Allah..

tahun 2012 juga, tahun yg telah merapatkan silaturahim aku dengan seorang insan yang cukup aku hormati dan aku sayangi :) siapa dia? hehehe. boyfriend? no no no.. belum lagi..

beliau ialah Pn. Alidah Mustafa.. siapa tak kenal dia aku debik.. haha. guru disiplin yg dulu nya sangat aku geruni.. hehehe. sejak bila dan macam mana boleh aku rapat dgn cikgu pun aku tak berapa nak perasan. tengok-tengok dh terrrrr-rapat. hehe.

cikgu ni baik sangat.. macam tahu-tahu je apa yg ada dlm hati dan fikiran aku.. hmm.. kenapa lah tak rapat dgn cikgu dari awal.. hehe. nak buat macam mana.. dh itu ketentuan Allah :) Alhamdulillah.. tahun ni banyak sangat (tahun-tahun sebelum ni pun banyak jugak) aku ada masalah dengan kawan-kawan.. tapi sebelum ni aku luahkan kt seorang lagi kawan baik aku. tapi ada kes aku gaduh dgn dia. sampai sekarang kteorg dh tak berapa baik macam dulu dah.. tengah-tengah aku dh takde orang nak share masalah tu lah.. Allah temukan dan rapatkan aku dgn cikgu Alidah.. Alhamdulillah.. Dia telah menggantikannya dengan nikmat yg jauh lebih baik :') sesungguhnya kita hanya merancang.. tetapi Allah juga yg menentukan.. subhanallah.. alhamdulillah..

taknak cerita lebih-lebih nanti touching pulak susah.. takde orang nak pujuk karang.... hehehe..

ohh.. satu lagi.. tahun 2012 juga tahun yg amat memeritkan kami warga SMKJR.. dalam pertengahan bulan April kalau tak silap.. kami dikhabarkan dgn pemergian Allahyarhamah Pn. Rosny bt Osman :'( terasa sangat sunyi sekolah dan juga hati setiap warga SMKJR... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. In Shaa Allah... Aamin.. Al-Fatihah...

pejam celik- pejam celik... semuanya berlaku sekelip mata.. subhanallah.. cepatnya.. sekejapnya...

banyak lagi nak cerita.. tapi tak sanggup pulak.. hehe.. setakat ni je lah kot ye.. yang lain tu biarlah aku simpan dlm hati aku sebagai memori terindah.. ececehh. apahal kau ni. aduh... haha

Okay... apa-apapun. Saya Nik Iffah Hazirah Binti Tuan Suhaimi ingin memohon ribuan keampunan daripada saudara-saudari yg sudi membaca blog saya ini.. dan juga kepada rakan-rakan , guru-guru dan saudara-mara yg mungkin tak baca pun blog ni.. saya meminta beribu kemaafan.. sesungguhnya yg baik semua dari Allah dan yg buruk dari saya sendiri... semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga akhirat hendaknya.. In Shaa Allah.. semuanya ketentuan Yang Maha Esa...

Salam Tahun Baru Masihi 2013.. Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik daripad tahun-tahun sebelumnya ;) Aamin... capaikan azam anda ye.. \dan saya jugaaa/ hehe...

Have a great years a head :)

Bismillahirrahmanirahim... berakhirlah entri saya pada tahun 2012 ini.. hehe..

Assalamualaikum wbt.. :)



No comments: