Sunday 2 June 2013

New Life

Assalamualaikum. Alhamdulillah kembali saya di blog ini setelah sekian lamanya. Hahaha

Syukur ke hadrat Allah, rezeki dariNya yg sentiasa melimpah ruah, nama ku telah tersenarai dalam Program Khas Lepasan SPM 2012 oleh MARA untuk Ijazah Luar Negara. 26hb yg lalu aku telah mendaftar di INTEC Education College di Shah Alam :)

Oh ya, course yg aku dapat ialah 'Architecture, civil and environmental engineering'. 1tahun 10bulan persediaan di INTEC dan jika ada rezeki InsyaAllah dapat fly ke Jepun :) Kt Jepun nanti 3tahun Diploma and 2tahun Ijazah (Degree). Lama aku di negara orang :3

Okay. Meh saya nak cerita sikit tentang life di sana :)) Al-maklum aku tak pernah duduk hostel sebelum ni kannnnn...

Pagi 26hb tu kami bertolak dari Bangi around 6a.m lepas Subuh. Abah la excited sangat pi awal awal. Haha. Sampai sana, di Kediaman Cemara dan Akasia pada 7a.m. haaa amik hang. Awal bebenor. Sambil nak menunggu tu, kami breakpast la dulu kt kedai Bistro situ. Like usually aku takde selera T.T Adik aku yg tolong habiskan. Hahaha. Lepas tu ada la pelajar pelajar lain yg dtg mendaftar datang makan kt situ. Paling dekat kan.

Dah nak dekat pukul 8, berlegar-legar di kawasan luar pagar tu. Sbb was-was nak masuk. Macam tkde orang. Pastu nampak ramai yg masuk, kami pun masuk la. Masuk je ada abang kakak yg menunggu beri borang, tunjuk jalan dan sbg nya. Masa Minggu Destini Siswa ( MDS ) baru tahu yg abang kakak tadi namanya Pemimpin Mahasiswa atau kami panggil PM ja. Hehe.

Lepas selesai urusan pendaftaran yg serba ringkas akak pm tunjukkan bilik. Lepas tu masing masing kemas la. Hehe. Tempat kediaman aku di Kediaman Akasia, which is semua gugirls yg duduk situ. Kalau Cemara kena share dengan lelaki. Disebabkan tak cukup tempat. Oh, dalam rumah tu ada 2 bilik and each room 2 orang :D aku sama bilik dgn Syida ^^ Dia dari SMAP Labu. Fuhh.. pandai tu. Hehe. Then sebelah tu Izzah dengan Nasha ^^ Kami semua dari course yg serupa. Semua bakal ke Jepun. InsyaAllah. Doakan kami :))

Act I thought of nak letak gambar tapi ada masalah problem pulak. Update guna phone punya pasai. Hehe nak tengok boleh usha insta atau pun twitter ^^ @pockedot yeee.


Orientasi kt sana namanya diberi Minggu Destini Siswa ringkas nya MDS. Banyak taklimat la mostly. Intec ni special sikit. Tak sama dgn tempat lain. Bukan nak berlagak ye cuma bagitau apa yg I rasa. Hee jangan marah.

Macam biasa, tak sah la kalau prog macam ni tak dibahagikan kpd group kan. And aku dapat Group 3 yang kemuadiannya kami namakan INTIGA (intec + tiga) hahak. Group kami ada 13 orang, 8 perempuan 5 lelaki. Yg perempuan dapat kenal semua, tapi yg lelaki dapat kenal 2 orang je sebab yg lagi 3 orang busy settlekan mereka punya passport etc... sampai ke sudah tak cukup korum. Persembahan pun kami buat dgn yang mana ada je. Haha sedihhhh. Eh eh. PM kami, Abang Afifi dan Kak Nabilah, kami panggil Kak Bi :) Both of them memang baik. Hehe. Terima kasih banyak jaga kami sepanjang MDS :)

There are so many things nak share sebenarnya tapi dh panjang sangat pulak aihh.. tapi kat sana banyak yg aku dapat belajar. Mereka lain dgn sekolah aku dulu. Muslimah nye sangat alim.. sopan semua. Malu dengan diriku yg serba kekurangan ni.. harapnya aku dapat berubah sedikit demi sedikit di intec ni. InsyaAllah ^^ niat dh lama ada, dan mungkin ini peluang dan jalan yang Allah berikan.. doakan ^^

Ohh saja nak cerita, tempat kediaman kami di Seksyen 18 dan kampus di Seksyen 17. So kami nak ke kampus naik bas yg mmg dh sediakan :D kawasan kediaman kami pun sangat strategic which banyak kedai kedai kt situ. Nak cari makan and barang pun senang. Cuma ada duit ke tak je. Hahaha. Perlu jimat ni. Berdikari. Ecewah.

Itu aje kot setakat ni yg aku nak share.. maaf gambar tak dapek nak tunjuk kt sini. Rajin rajin la stalk twitter dgn instagram I. Pics banyak upload kt situ. Fb kureng. Hehe.

That's all for today. Cewah. Have a nice weekend and enjoy your remaining school holiday adik adik. Muehehe.

Doakan kami semua...

Assalamualaikum :)

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum akak,nk tnye psl course akak yg ditawarkan.architecture,civil and envirnmental engineerng.basically psl ape eh?andaikata akak fly,insyaAllah, uni jepun mne yg akan ditawarkan.mohon penjelasan :) thanks akak :) good luck!