Monday, 31 December 2012

Itu Ini Itu Ini... The End of 2012 :)

Assalamualaikum :)

okay sekarang dah pukul 9 malam lebih dan dh nak pukul 10 dah pun .. haha
orang lain mungkin dh sibuk menanti utk meraikan kehadiran tahun 2013 with family or friends or... ah. tak kisah. and saya macam biasa di rumah. haha. takde apa-apa event pun nak sambut Tahun Baru Masihi ni..
sejak dah tahu tentang hukum-hakam menyambut perayaan macam ni.. aku takde lah nak sambut obvious sangat. biarlah sederhana. hanya bersyukur kerana masih diberi nyawa untuk menyambut kedatangan tahun baru. itu sahaja. In my opinion, tak perlu lah nak meriah-meriah sangat.. kita sbg orang Islam.. tak perlu terikut-ikut dgn budaya barat yang cuma hendak menyesatkan umat Islam sahaja... eh panjang pulak aku ceramah.. haha.

so malam ni aku nk simpulkanlah apa yg telah berlaku sepanjang tahun 2012 ;) kalau rajin baca lah ye. hehe

okay dalam tahun 2012.. macam-macam pengalaman aku dapat..

tahun 2012, aku masuk ke tingkatan 5, yg bakal menduduki SPM.. dan  telah diberikan amanah sebagai Penolong Ketua Pengawas 1 oleh pihak sekolah..

mana tak berdebarnya, kalau dh diberi amanah yg besar sebegitu.. menggigil-gigil, sampai termimpi-mimpi.. haha. apapun.. saya nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada cikgu She dan pihak sekolah kerana telah memberikan saya kepercayaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab ni :) terima kasih yg tak terhingga..

ada untungnya juga jadi pengawas dan ada jawatan ni.. aku dapat banyak ilmu kepimpinan.. tahun ni aku banyak diberi peluang untuk menjadi fasilitator utk kem-kem yg dianjurkan di bawah Unit HEM.. bersama-sama SAZIC.. terima kasih, terima kasih, terima kasih.. bak kata cikgu She juga, ilmu kepimpinan ni kita tak boleh dapat dalam kelas :) that's true.. alhamdulillah aku diberi nikmat oleh Allah atas bakat aku yg tak berapa nak menonjol ni.. hehe. Terima Kasih Ya Allah..

tahun 2012 juga, tahun yg telah merapatkan silaturahim aku dengan seorang insan yang cukup aku hormati dan aku sayangi :) siapa dia? hehehe. boyfriend? no no no.. belum lagi..

beliau ialah Pn. Alidah Mustafa.. siapa tak kenal dia aku debik.. haha. guru disiplin yg dulu nya sangat aku geruni.. hehehe. sejak bila dan macam mana boleh aku rapat dgn cikgu pun aku tak berapa nak perasan. tengok-tengok dh terrrrr-rapat. hehe.

cikgu ni baik sangat.. macam tahu-tahu je apa yg ada dlm hati dan fikiran aku.. hmm.. kenapa lah tak rapat dgn cikgu dari awal.. hehe. nak buat macam mana.. dh itu ketentuan Allah :) Alhamdulillah.. tahun ni banyak sangat (tahun-tahun sebelum ni pun banyak jugak) aku ada masalah dengan kawan-kawan.. tapi sebelum ni aku luahkan kt seorang lagi kawan baik aku. tapi ada kes aku gaduh dgn dia. sampai sekarang kteorg dh tak berapa baik macam dulu dah.. tengah-tengah aku dh takde orang nak share masalah tu lah.. Allah temukan dan rapatkan aku dgn cikgu Alidah.. Alhamdulillah.. Dia telah menggantikannya dengan nikmat yg jauh lebih baik :') sesungguhnya kita hanya merancang.. tetapi Allah juga yg menentukan.. subhanallah.. alhamdulillah..

taknak cerita lebih-lebih nanti touching pulak susah.. takde orang nak pujuk karang.... hehehe..

ohh.. satu lagi.. tahun 2012 juga tahun yg amat memeritkan kami warga SMKJR.. dalam pertengahan bulan April kalau tak silap.. kami dikhabarkan dgn pemergian Allahyarhamah Pn. Rosny bt Osman :'( terasa sangat sunyi sekolah dan juga hati setiap warga SMKJR... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. In Shaa Allah... Aamin.. Al-Fatihah...

pejam celik- pejam celik... semuanya berlaku sekelip mata.. subhanallah.. cepatnya.. sekejapnya...

banyak lagi nak cerita.. tapi tak sanggup pulak.. hehe.. setakat ni je lah kot ye.. yang lain tu biarlah aku simpan dlm hati aku sebagai memori terindah.. ececehh. apahal kau ni. aduh... haha

Okay... apa-apapun. Saya Nik Iffah Hazirah Binti Tuan Suhaimi ingin memohon ribuan keampunan daripada saudara-saudari yg sudi membaca blog saya ini.. dan juga kepada rakan-rakan , guru-guru dan saudara-mara yg mungkin tak baca pun blog ni.. saya meminta beribu kemaafan.. sesungguhnya yg baik semua dari Allah dan yg buruk dari saya sendiri... semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga akhirat hendaknya.. In Shaa Allah.. semuanya ketentuan Yang Maha Esa...

Salam Tahun Baru Masihi 2013.. Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik daripad tahun-tahun sebelumnya ;) Aamin... capaikan azam anda ye.. \dan saya jugaaa/ hehe...

Have a great years a head :)

Bismillahirrahmanirahim... berakhirlah entri saya pada tahun 2012 ini.. hehe..

Assalamualaikum wbt.. :)



Saturday, 29 December 2012

ピカピカの一年生! Darjah Satu :DD

Assalamualaikumm :D

eheh. hari ni hari bersejarah bagi adik saya Nik Muhammad Hasif Bin Tuan Suhaimi xD
beliau \ceh/ telah pun mendaftarkan diri sebagai murid Tahun Satu di SK Jalan 4 Bandar Baru Bangi :)

selain Hasif, ada lagi dua orang sepupu yang telah mendaftar di sekolah yg sama. ohh untung lah awal-awal lagi dh ada geng :D

Semoga mereka menjadi insan yg berguna pd masa hadapan serta menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa mereka dan menjadi orang yang berilmu yg dapat meneraju negara pada masa hadapan. eceh eceh. Aamin :D

Selamat menjalani Hari Persekolahan :)

Nik Muhammad Hasif b. Tuan Suhaimi :D

Muhammad Iskandar Darwisy b. Mohd Fadzli
*sorry teh & uncle kalau salah eja :p hehe*

Tuan Muhammad Haziq Mirza b. Tuan Sukiman
*tak sempat tangkap gambar Haziq masa kt sekolah tadi.. hehe. kt airport pun boleh la :)*

okay itu je. hehe.

Selamat Kembali Ke Sekolah :DD

Assalamualaikum :)

Thursday, 27 December 2012

27 Disember 2012

Assalamualaikum saudara saudari :D

Perasan tak kawan-kawan? \khas to budak 5SC/ muahaha
kita dah sebulan dah merdeka you know?? wahh. cepat betul..

honestly, buku rujukan, slip exam, pencil box, jadual exam.. still lagi bersepah atas meja tuh.
sayang la nak kemas. ahaha \macam tu pulakkk/

tak lama lagi dah nak buka tahun baru.. sekolah pun dah nak mula.
kalau dulu, waktu-waktu sekarang bukan ke main malas lagi.. mengenangkan cuti dh nak habis..
and now.. aku rasa meronta-ronta nak pergi sekolah !! nak pergi tu boleh. tapi kena pakai pas pelawat lah baru boleh masuk kot? wahh. sadlife.. no more Reko's student..

eh dalam bilik tu, ada lagi tudung pengawas.. dengan nametag & lencana lagi tu.. haha. baju aku nanti nak sedekahkan kt adik aku.. so tudung jeelah tinggal.. :'/

haih.. apapun. life must go on.. yeay!? haha. benda dah lepas. nak buat macam mana. jadikan kenangan & terus simpan memori dalam hati. ehh ehh cewahh ! ahahaha.

buang yang keruh ambil yang jernih..
jadikan kesalahan kita masa lalu sebagai pengajaran, dan teruskan lagi usaha utk membaiki diri utk menjadi Hamba Allah yg bertaqwa.. In Shaa Allah. Aamin :)
kenangan yg manis, biar lah dikenang dlm hati.. ingatlah bahawa, peluang hanya akan datang sekali.. so, jangan mensia-siakan segala peluang yg ada :D

oraitt.. that's enough for today.. ahaaa.

last nak letak gambar merdeka kita :')


oraitt.

Assalamualaikum :)

Friday, 21 December 2012

hohoho

Assalamualaikum :)

Haaaaa.... dengar tak dengar tak? musics yg bermain di blog sayaaaa.
ya I know ramai tak faham. hoho. lagu-lagu ni sebenarnya lagu tema Doraemon The Movie.. banyak lah movie nya. When I listening to these kind of musics, my mind will automatically goes to the past.. when I was still a kid.. in Japan.. rindu sangat :')

Kadang-kadang kalau duduk dalam bilik, guling-guling atas tilam.. fikiran ni sentiasa merayau jauh. macam-macam lah. hehe. kuat berangan ni sebenarnya.. teringat balik semua kenangan pahit & manis masa waktu kecik, masa sekolah rendah & of course masa sekolah menengah.. senang cerita semua laaa.
Teringat kt kawan-kawan di Jepun, yg sekarang ni dh lost contact.. E-mail crashed.. huhu. menyesal tak save E-mail dorang dalam buku.. hilang macam tu je... hmm. lepas tu teringat kt kawan-kawan yg sama-sama dh habis berjuang dlm SPM.. masing-masing bawak haluan sendiri. ada yang dah kerja, ada yang melancong sana-sini, ada yang tanam anggur macam aku. haha.. nak contact pun kadang-kadang je.. kalau nak texting pun takde topics.. haihh..

Tapi hari tu, aku ada tengok Motivasi Pagi kt TV3.. pagi-pagi buta. haha. ada pakar motivasi tu kata, hubungan silaturrahim bukannya bermaksud kita kena selalu contact.. ramai yg salah faham, bila tak contact selalu tu maknanya kita putuskan hubungan silaturrahim. It definitely wrong actually. Beliau kata, menjaga hubungan silaturrahim tak semestinya kena selalu calling or texting.. tapi dengan mendoakan mereka. dan lagi satu.. tak semestinya orang yang selalu berada di samping kita ialah sahabat kita... sebenarnya yang sentiasa ada dalam hati kita tulah sahabat kita.. mungkin aku tak jumpa lagi 'sahabat' macam ni.. moga-moga Allah temukan aku dengan sahabat yg dapat sama-sama membawa aku ke syurga..

cakap pasal tu. sekarang ni, aku suka sangat lagu baru Maher Zain.. Guide Me All The Way.
lirik dia sangat dalam dan bermakna..

Ya Allah, Ya Allah.. Guide me all the way to Your Jannah..
Ya Allah, Ya Allah.. Don't let me go astray cause I need You..

haaa dengar lah sendiri... click click -----> Maher Zain - Guide Me All The Way :)

haaa. tu je kot.. hehe. thank you for reading.. Assalamualaikum :D

Thursday, 20 December 2012

bla bla bla ..

Assalamualaikum.

Tajuk semua merepek je. Dah takde idea nak buat tajuk. haha

Jealousssss jealoussss hmmm jealousss !

Tipu lah kalau cakap kita tak jealous kalau tengok insan yang kita sayang lebih rapat dengan orang lain.
Walaupun kita cukup tahu dia memang sayang kita jugak. Tapi layanan terhadap seseorang tu memang berbeza.. yelah, ragam manusia.. Takkan lah semua orang nak layan dengan cara yang sama, kan?

Aku tahu tu. Tapi kadang-kadang I just can't control myself. Kadang-kadang aku terasa aku ni kecil di mata mereka.. Aku diperlukan bila mereka perlu.. Dah senang, bukanlah lupa, cuma dah tak mendapat tempat di hati mereka. Hmm. That's normal maybe..

ok ok. I should stop thinking negative.. I need to change my perspective towards everything. BE POSITIVE.. ! sebab apa yang kita fikir.. juga merupakan doa.. so better kita bersangka baik & berfikiran terbuka dan sentiasa positif.. Memaafkan seseorang & elakkan berdendam..

Aku akan berusaha mengubah sikap aku. Demi masa depan aku juga. Dan itu juga merupakan cara untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya.. In Shaa Allah..

Semoga semua urusan & perjalanan aku pada masa hadapan dipermudah oleh-Nya.. Aamin...

Okaylah.. Jom tidur.. Dah tengah malam..

Selamat malam saudara-saudari :) Mimpi indah..

Assalamualaikum ;)

Wednesday, 19 December 2012

ikut suka kau nak tajuk apa .. :)

Assalamualaikum :)

bertemu kembali dalam rancangan .. eh salah salah.
bertemu kembali dalam blog saya, setelah beberapa minggu tak di-update !
tiada apa pun aku buat sekarang, tapi just takde apa nak dikongsikan..

okay hari ni 19 . Disember . 2012 .
date yang sangat ditunggu-tunggu or ditakuti oleh calon-calon PMR 2012.
hari ni result semua diumumkan.
akupun ada adik lelaki form 3 di SMKJ3 taking PMR too :)

Alhamdulillah dia dapat 5A 3B. not too bad. masa trial hari tu takde A langsung. okay lah tu :)
SPM nanti buat betul-betul..

adik-adik ku yg lain di SMKJR. tahniah atas pencapaian korang :) walaupun tak straight A's. nevermind.
you still can live. right? haha so chill. result is not everything. yang penting ilmu yang korang dapat tu manfaatkan betul-betul okay. belajar bukan sekadar exam tapi utk kehidupan kita akan datang :)
try to target a better for SPM coming 2 years ahead :)

soooo. UPSR done. PMR done. now tinggal SPM & STPM 2012.. and I'm one of it. SPM. wow.
nak bayangkan pun dah seram sejuk. apatah lagi nak menghadapnya.. huhu

takpe.. In Shaa Allah.. ada rezeki ada lah. kalau tak pun, mungkin ada hikmah di sebalik itu :)
pray for the best & the most important think.. TAWAKKAL :)

doakan saya dan kawan-kawan. hehe.

Assalamualaikum !