Tuesday 31 December 2013

Sayonara 2013, Youkoso 2014 ;)

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik.
Kita telah pun berada di muka surat terakhir tahun 2013.
Mari imbas kembali segala suka dan duka sepanjang 2013.

Januari. Paling relaks. Santai. Hidup aku tidur makan RunningMan je. Tak pun driving class. Orang merdeka katakan.

Februari. 8hb aku lulus ujian JPJ kelas D. Oyeah. Ingat lagi. Haha.

Mac. Bulan yang ditunggu-tunggu buat SPM leavers. Result SPM. 21hb kalau tak silap. Alhamdulillah rezeki Allah. Flying colours.

April. My birthmonth. Lepas birthday. Sangat seksa menunggu segala tawaran.

Mei. Lama menunggu. Asyik kena postponed. Tunggu keputusan UPU, Matrikulasi, dan MARA. Memang menguji kesabaran. Alhamdulillah. Rezeki lagi. Tiga-tiga aku dapat. Setelah istikharah, bincang dgn semua pihak. Aku bersetuju menerima tawaran dari MARA. 26hb aku lapor diri di INTEC Education College yg terletak di Shah Alam. Kehidupan baru bermula.

Jun, Julai, Ogos. Kehidupan di INTEC semakin mewarnai hari-hariku. Berpuasa sama-sama, berbuka sama-sama, Terawikh sama-sama. Alhamdulillah. Selamat Hari Raya ! Sebelum Raya ada Peperiksaan Pertengahan Semester 1.

September. Busy dengan aktiviti kolej. Camping. Inpro. Pertama kali jadi Johan untuk Futsal dan Naib Johan untuk persembahan. Alhamdulillah

Oktober. Striving and struggling for Final Exam Semester 1. Stay up sampai 3-4 pagi dgn housemates, coursemates. Tiring yet it was a sweet memory. Alhamdulillah.

November. A new breath in the new class with new classmates. Alhamdulillah. Mula-mula awkward but now Alhamdulillah.

Disember. Striving again for MidSem Exam2. Study smpai lebam. Harap result tak lebam. Aamiin.

It's just a simple conclusion of my life in 2013.

2013 had bring me to the new environment, new people, new life and inshaAllah new me. Banyak yg saya pelajari dari kawan-kawan, lecturer, akak-akak usrah. Yakin itu petunjuk Allah. Alhamdulillah.

Mengenali rakan-rakan baru. My housemate, Nasha & Izza . Masa mula mula kenal . Awkward gila kan? Sekarang rasa macam dh kenal lama. Kalau dh sembang tak reti stop. Kalau gelak terbahak-bahak. My ex-roommate Shida. She's now at AAJ. Got to know her for about a week only. Hope that she's doing well. And my current roommate Putri. Although mula-mula awkward nak bersembang macam orang lain. But now.. I think we'd get the momentum kan? Hoping we can get closer ^^. Aamiin

My jiran. Arina, Jiha, Shatun & WenWen. Nice to know all of you. Kita selalu buat jambatan and buat kecohs kan? Feeling sabishii that Arina and Jiha gonna leave us soon. Huhu. They'll be fly to Japan earlier than us. Goodluck! Sama-sama memeriahkan lagi laman 1 tingkat 4 Blok 6 selagi masih punya waktu. InsyaAllah ;)

My other coursemates and mates and mates. Adlyna Iman Syaf Afifah Fazirah Farissya Ju'a Eliyya Salma Izzni Scholas Farhana Aiba Ella Tasha Ellys Balqis Kaitorng Priya NozomiKazoku Hayate KTJss PSJss ShiraJordan Senpai dan lagi dan lagi.. tak tersebut .. huhu. Just wanna say that. Glad to know all of you.. ! Alhamdulillah.. Jom sama-sama striving for our better future and of course dun forget our main target on His Earth.. insyaAllah.

Thank You 2013. Thank You Allah.
Hai 2014... Bismillahirrahmanirrahim ;)

#2013DalamKenangan

1 comment:

Anonymous said...

Salam.Terima kasih atas semua entri tahun 2013 ni.Membantu sangat.Adik spm 2013,dari sekolah harian jugak.Rasa macam kehidupan lepas spm kita serupa je :D Alhamdulillah adik dapat tawaran mara dan bersyukur sangat dapat jumpa blog ni,dapat tahu pengalaman kakak.Terima kasih and adik doakan kakak maju jaya di Jepun nanti :)