Thursday 29 November 2012

MERDEKAAAAAA ! 27.Nov.2012

Assalamualaikum w.b.t !

YEAAAAAAAAAAHHHHHHHHHH

saya dah MERDEKA !

MERDEKA MERDEKA MERDEKA !!!

hehe. sebenarnya kami dah bebas daripada penjajahan Encik Es-Pi-Em sejak Selasa 27 November 2012 Jam 3.30 ! yahoooooooooooooooooooooooooooooo !

Alhamdulillah. kami telah menempuhnya dengan penuh tabah . hoho
segalanya kini terletak pada DOA serta TAWAKKAL :)
kalau ada usaha insyaAllah ada hasil :) Aamin ..

sebelum balik tu, aku mintak semua budak-budak kelas stay lama sikit. nak tangkap gambar ramai-ramai.
aku pun tarik cikgu Azizah guru kelas kitaorang, Cikgu Alidah & Teacher Kauthar join sekali. hehe
jahatnyaaa main paksa-paksa cikgu. huhu. tapi syukur alhamdulillah, terima kasih yg tak terhingga kpd cikgu-cikgu sebab sudi datang sekolah untuk kami. hehe :)

tapi busy pulak dengan pemulangan Buku Teks. muka ni jugak kena handle. haha. takpe takpe. bakti terakhir ku di sekolah. lepas ni pasti aku akan merindui semua itu. /dess ayat aku skema banget/

kalau nak tahu. MERDEKA la yang selama ni kitaorang tunggu-tunggu. tapi sebelum tu kitaorang tak perasan pun yang automatik bila da merdeka kitaorang dah tak jadi budak sekolah dah. DAH TAK JADI MURID SEKOLAH . fuhh. macam tak percaya. dah berapa lama kitaorang di alam persekolahan. kini segalanya telah berakhir. ecehh skema lagi. hmm. tapi seriously. memang sedih . dah tak jadi budak-budak dah aku. dah nak dewasa dah. lepas tu makin tua. hmm hmm hmmmmmmmmm.

but itulah kehidupan. kita tak boleh buat apa. sudah takdir sudah suratan. terima dengan redha insyaAllah.
ada masa ada rezeki ada jodoh boleh jumpa lagi kawan-kawan dan cikgu-cikgu :)

yang lepas biar lepas. Let bygone be bygone ! huhu. kenangan kena simpan elok-elok dalam hati ini :) insyaAllah selagi diberi ingatan yg kuat, aku takkan lupakan apa yg telahku lalui di SMK Jalan Reko.

di sini aku nak tegaskan. kepada sesiapa yg sebelum ni menganggap SMK Jalan Reko sebagai sekolah gangster or whatever. aku nak cakap yg anda salah. tidak sama sekali. kerana di situlah, di Reko lah saya membesar dan menimba pengalaman. jangan pandang dari luar sahaja. kami ada keistimewaan kami tersendiri. hoho. yang penting niat kita kena betul dan pendirian kita kena teguh. barulah boleh berjaya insyaAllah ..

weiii panjangnya macam karangan dah.. masa exam hari tu takda pulak idea datang. dushhh. haha. its okay. dah lepas. abaikannn.

ni gambar kami. tengok tengok .. MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!


okay daaa Assalamualaikum :)

No comments: