Assalamualaikum w.b.t :)
Home sweet home. Saya berada di Bandar Baru Bangi sekarang. Hehe. Balik kejap weekend ni. Sebenarnya esok ada program yang dianjurkan dan macam best. Tapi tekad juga nak balik. Tapi bukan homesick ehh. Saja rindu adik adik gua yang comel tu. Lepas tu seminggu ni asyik tak sihat je. Balik ni ingat nak rehat la. Hehe.
Okay, post kali ni saya nak share sikit tentang tajuk yang ditulis di atas tu. Tu tu. Tengok tengok. Apa tajuk entri kali ni?
i-PROKHAS .
Amenda tu? Hehe. i-PROKHAS merupakan Program Khas Pemantapan Rohani anjuran Hal Ehwal Pelajar (HEP) INTEC Education College dan kali ni rezeki kami Alhamdulillah dapat sponsor dan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pembiayaan sepanjang kami menyertai Kem tersebut dan juga hadiah paling istimewa yang pernah kami terima iaitu Tafsiran Al-Quran.. Syukran. Alhamdulillah. Terima Kasih :')
Kem ni berlangsung dari 7 Jun 2013 (Jumaat) sehingga 9 Jun 2013 (Ahad) di Pusat Pemantapan Akidah di Jelebu, Negeri Sembilan. Jom jom saya nak share setakat yang boleh. InsyaAllah. Teruskan bersama saya. hihi
7 Jun 2013 (Jumaat) Day First
Pagi Jumaat, kami ada kuliah sampai tengahari. Jumaat memang half day sebab Muslimin nak Solat Jumaat :) Kami muslimat yang tak wajib solat Jumaat, selesaikan solat Zohor kami masing-masing dan sekitar pukul 2 petang telahpun berada dalam bas. 3 bas INTEC disediakan time tu. Jakun sebenarnya pergi kem naik bas sendiri *eceh* al-maklum dulu saya sekolah harian je. Tak pernah merasa ada bas sendiri. Hahaha. Warga SMKJR jangan marah ye. Saya gurau. Saya tetap sayang SMKJR insyaAllah :) The best middle-school ever !! *okay lari topik* Rata-rata semua dah naik bas kamipun bertolak ke campsite tersebut. Kalau tak silap, dalam pukul 3 jugak kami bertolak dan sampai sana dalam pukul 5.30 cam gitu.
Dah sampai dan dah angkut semua barang-barang kami dari perut bas, kami diarahkan ke Dewan Imam Ghazali if I'm not mistaken. Dalam tu beratur nak check-in. ceh ayat. Beratur macam nak isi borang masuk U je time tu. Hehe. Saya, Nasha dan Izza boleh dikira orang terakhir beratur. Well. Tak suka berasak-asak. Sabar je menunggu giliran. Hehe. Selepas tu ada taklimat sedikit tentang Do's and Don'ts. Then kami bergerak ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai Hamba-Nya. Solat Asar :) Of course berjemaah :D Lepas dah selesai tu kami minum petang + dinner terus. Sebab boleh dikatakan dah lewat time tu. 2 in 1 terus. Haha. Lepas tu kami angkut barang-barang masuk dorm. Dorm dia lawaaaaaaa. Serious lawa dan selesa. Alhamdulillah. Terima kasih atas hospitality yang mantop ;)
Belum sempat mandi apa semua, dah masuk waktu Maghrib. So kami ke surau untuk solat berjemaah. Masa ni saya belajar dan gain some new experience. Nak tahu? Masa tu first time saya berjemaah Solat Jama' Qasar. Sebelum ni kalau solat Jama' sendiri-sendiri je. Jujur kata tak pernah Jama' berjemaah. Dan dalam banyak-banyak kem yang saya pernah pergi pun, ini yang pertama kali Solat Jama' ketika kem. Hehe. Belajar dan dapat pengalaman baru. Alhamdulillah.
Selesai yang wajib, kami bergerak ke Dewan tadi untuk aktiviti. Malam tu kalau tak silap, oh ada Majlis Perasmian bersama wakil JAKIM ,, Tuan Haji Ali if.. I'm not mistaken. Minta maaf banyak-banyak kalau saya tersilap. Huhu. Dalam perasmian tersebut ada terselit ucapan dari Tuan Haji. Beliau mengingatkan kami merupakan insan bertuah yang telah dipilih oleh Allah untuk dipilih masuk ke INTEC dan juga menyertai kem i-PROKHAS pada waktu itu. Beliau (dan pihak JAKIM) memberi kami senaskhah Tafsiran Al-Quran setiap seorang daripada kami yang menyertai. MashaAllah.. Rezeki Alhamdulillah. Dan dengan itu beliau mengingatkan Al-Quran tersebut sebagai janji kami untuk menjadi pemimpin atau khalifah di muka bumi Allah ini.. Maaf lagi sekali sekiranya ada yang tersilap.. Tak berapa nak ingat. Maaf. Astaghfirullah... Dalam perasmian itu juga ada terselit sedikit 'persembahan' dari kami. Cewah. Nyanyi dan gaya ramai-ramai mengikut rentak lagu Demi Matahari. Taktau pi search kt YouTube. Dunia dh maju. Hehe. Sebenarnya kami praktis sekejap je. Lagu tu sangat best. Lagu tu juga diambil dari surah al-Syams.. Kalau tak silap saya. Maaf atas segala kekurangan.. Huhuhu. Cuba lah dengar ye :)
Okay lepas tu, ada ceramah dari Hassan-Sensei, Timbalan Pengarah HEP INTEC :) Hassan-Sensei juga merupakan salah seorang tenaga pengajar / lecturer untuk course Jepun macam saya. Hehe tapi belum berkesempatan lagi untuk belajar dengan sensei. Hassan-Sensei share tentang permasalahan/pengalamannya di Jepun. Antaranya,
- terminum sup b*bi
- berus gigi dari bulu b*bi
- dijilat anjing *kurang pasti*
- sayuran ala masakan Cina
dan ada lagi. Maaf saya tak berapa nak ingat. Tak bawak balik tentatif. Tertinggal kt hostel. Bila kami dengar semua tu, memang rasa macam takut, risau dan macam-macam lah. Lagi-lagi kitaorang ni yang akan ke Jepun InsyaAllah. Walaupun sebelum ni saya pernah stay sana. Masa tu tak fikir banyak sebab masih kecil and parents ada. Lepas ni sorang diri. Masih banyak yang perlu dipelajari. Ilmu agama sangat dan teramat penting. Lagi-lagi kalau kita ke nagara yang bukan berasaskan Islam. Itu yang saya dapat dalam perkongsian dari Sensei :) Sensei juga selalu menekankan kami dengan kepentingan Al-Quran. Dalam hidup ni, selagi kita berpegang pada Al-Quran insyaAllah selamat Dunia dan Akhirat. InsyaAllah.. Aamiin Ya Rabb.
Selesai tu kami main sikit permainan (?) bersama Ustaz Affuan.
Ustaz kata "Angin bertiup~" kami tanya "tiup berapa?" then ustaz jawab "tiup (nombor)" dan kami perlu berkumpul sebanyak yang dinyatakan. First tu saya dapat la masuk dalam geng yang selamat. Kali kedua dan ketiga tak dapat. How sad I am. Hahahaha. Sebagai denda, kami perlu merelakan hati untuk diconteng pada muka. Oh ya, sebelum tu Ustaz ada mintak 3 perkara sepanjang kem tersebut. Iaitu,
1. Ikhlas
2. Menepati masa
3. Senyum
Oleh yang demikian, cewah. Saya dengan ikhlas dan rela hati serta senyum semampu boleh apabila diconteng oleh akak-akak Pembantu fasi. hehe. Mula-mula Kak Fatin dan Kak Affini yang menghasilkan karya agung mereka di muka saya. Muahaha. Taktau lah macam mana rupa saya time tu. Yang si Syira pulak duk sibuk kata 'Kawaii, kawaii' . Aku lepuk kau kang. hahaha *joke* and kali ketiga punya pun Fail. Hahaha. Masa tu Kak Aimi pulak menonjolkan bakatnya di muka saya. Haha. Tapi masa tu seriously tak rasa malu ke apa ke. What I felt that time is 'seronok' dan 'sejuk' sebab watercolor tu sejuk. Haha. Ok ok.
Then, Ustazah Wan mengulas sikit tentang aktiviti yang kitorang buat tu. Yang saya dapat simpulkan ialah, dalam hidup kita akan ada keadaan di mana kita diperlukan apabila mereka terdesak dan kita juga boleh ditolak atau dilupakan sekiranya mereka senang. Well, sering berlaku. Kan? I believe semua orang pernah terkena atau buat kt orang. Betul tak? Jangan tipu. Dosa. Hee. *gurau* So.. kita kenalah pandai bawak diri. Kerana apapun yang berlaku, semuanya ujian dari Allah. Kita perlu sabar dan tabah, serta redha dengan setiap yang berlaku. Kerana semuanya ada hikmahnya yang tersendiri. Wallahualam :)
Dan di pusingan akhir itulah kami ditentukan dan diasingkan kepada kumpulan. Nama kumpulan saya KOPENMEP (Korea + Jepun + MEP (Middle East Prog))..
Dan begitulah hari pertama kami berlalu...
InsyaAllah saya akan sambung esok. Dah panjang sangat nanti muak korang nak baca. Hehe.
*to be continue*
Assalamualaikum :))
Friday, 14 June 2013
Sunday, 2 June 2013
New Life
Assalamualaikum. Alhamdulillah kembali saya di blog ini setelah sekian lamanya. Hahaha
Syukur ke hadrat Allah, rezeki dariNya yg sentiasa melimpah ruah, nama ku telah tersenarai dalam Program Khas Lepasan SPM 2012 oleh MARA untuk Ijazah Luar Negara. 26hb yg lalu aku telah mendaftar di INTEC Education College di Shah Alam :)
Oh ya, course yg aku dapat ialah 'Architecture, civil and environmental engineering'. 1tahun 10bulan persediaan di INTEC dan jika ada rezeki InsyaAllah dapat fly ke Jepun :) Kt Jepun nanti 3tahun Diploma and 2tahun Ijazah (Degree). Lama aku di negara orang :3
Okay. Meh saya nak cerita sikit tentang life di sana :)) Al-maklum aku tak pernah duduk hostel sebelum ni kannnnn...
Pagi 26hb tu kami bertolak dari Bangi around 6a.m lepas Subuh. Abah la excited sangat pi awal awal. Haha. Sampai sana, di Kediaman Cemara dan Akasia pada 7a.m. haaa amik hang. Awal bebenor. Sambil nak menunggu tu, kami breakpast la dulu kt kedai Bistro situ. Like usually aku takde selera T.T Adik aku yg tolong habiskan. Hahaha. Lepas tu ada la pelajar pelajar lain yg dtg mendaftar datang makan kt situ. Paling dekat kan.
Dah nak dekat pukul 8, berlegar-legar di kawasan luar pagar tu. Sbb was-was nak masuk. Macam tkde orang. Pastu nampak ramai yg masuk, kami pun masuk la. Masuk je ada abang kakak yg menunggu beri borang, tunjuk jalan dan sbg nya. Masa Minggu Destini Siswa ( MDS ) baru tahu yg abang kakak tadi namanya Pemimpin Mahasiswa atau kami panggil PM ja. Hehe.
Lepas selesai urusan pendaftaran yg serba ringkas akak pm tunjukkan bilik. Lepas tu masing masing kemas la. Hehe. Tempat kediaman aku di Kediaman Akasia, which is semua gugirls yg duduk situ. Kalau Cemara kena share dengan lelaki. Disebabkan tak cukup tempat. Oh, dalam rumah tu ada 2 bilik and each room 2 orang :D aku sama bilik dgn Syida ^^ Dia dari SMAP Labu. Fuhh.. pandai tu. Hehe. Then sebelah tu Izzah dengan Nasha ^^ Kami semua dari course yg serupa. Semua bakal ke Jepun. InsyaAllah. Doakan kami :))
Act I thought of nak letak gambar tapi ada masalah problem pulak. Update guna phone punya pasai. Hehe nak tengok boleh usha insta atau pun twitter ^^ @pockedot yeee.
Orientasi kt sana namanya diberi Minggu Destini Siswa ringkas nya MDS. Banyak taklimat la mostly. Intec ni special sikit. Tak sama dgn tempat lain. Bukan nak berlagak ye cuma bagitau apa yg I rasa. Hee jangan marah.
Macam biasa, tak sah la kalau prog macam ni tak dibahagikan kpd group kan. And aku dapat Group 3 yang kemuadiannya kami namakan INTIGA (intec + tiga) hahak. Group kami ada 13 orang, 8 perempuan 5 lelaki. Yg perempuan dapat kenal semua, tapi yg lelaki dapat kenal 2 orang je sebab yg lagi 3 orang busy settlekan mereka punya passport etc... sampai ke sudah tak cukup korum. Persembahan pun kami buat dgn yang mana ada je. Haha sedihhhh. Eh eh. PM kami, Abang Afifi dan Kak Nabilah, kami panggil Kak Bi :) Both of them memang baik. Hehe. Terima kasih banyak jaga kami sepanjang MDS :)
There are so many things nak share sebenarnya tapi dh panjang sangat pulak aihh.. tapi kat sana banyak yg aku dapat belajar. Mereka lain dgn sekolah aku dulu. Muslimah nye sangat alim.. sopan semua. Malu dengan diriku yg serba kekurangan ni.. harapnya aku dapat berubah sedikit demi sedikit di intec ni. InsyaAllah ^^ niat dh lama ada, dan mungkin ini peluang dan jalan yang Allah berikan.. doakan ^^
Ohh saja nak cerita, tempat kediaman kami di Seksyen 18 dan kampus di Seksyen 17. So kami nak ke kampus naik bas yg mmg dh sediakan :D kawasan kediaman kami pun sangat strategic which banyak kedai kedai kt situ. Nak cari makan and barang pun senang. Cuma ada duit ke tak je. Hahaha. Perlu jimat ni. Berdikari. Ecewah.
Itu aje kot setakat ni yg aku nak share.. maaf gambar tak dapek nak tunjuk kt sini. Rajin rajin la stalk twitter dgn instagram I. Pics banyak upload kt situ. Fb kureng. Hehe.
That's all for today. Cewah. Have a nice weekend and enjoy your remaining school holiday adik adik. Muehehe.
Doakan kami semua...
Assalamualaikum :)

Subscribe to:
Posts (Atom)