Thursday 31 January 2013

Kembali Ke Reko. heheh ;) Alhamdulillah

Assalamualaikum dan selamat petang :D

Dah Asar belum? kalau belum cepat cepaaaaat.. tak baik tangguh-tangguh.. :)
Okay sementara nak tunggu kawan datang nak ambil barang.. aku nak tulis sikit pasal semalam :D

Ceritanya bermula begini.....

Sedang aku memakai telekung nak solat Zohor.. ada satu call masuk :D

--->Pn.Alidah<---

Cikgu ajak pergi makan, tapi kebetulan aku baru lepas makan, sebab parents kerja half day sebab nak bawak zharif pergi klinik. so ada la makanan. Kalau tak, tak makan jugak aku. hehehe.

Tapi cikgu ajak teman jugak, lepas tu kata nak pergi Reko.. akupun terus setuju lew. hehehe
Rindu gila nak pergi Reko tauuuuuu...

Bukannya ada hal penting pun, saje nak menjenguk setelah 2 bulan aku terperap kt rumah.. hihi
Seronok bila jejak sekolah tu. Jumpa budak-budak junior. budak-budak pengawas la ramai. hehe.
Alang-alang tu pergi minta majalah kt Cikgu Tim then lepak kt bilik redaksi kejap :D

Semalam kn hari Rabu, so diorang ada koko. Perjumpaan Unit Beruniform...
masa nak balik tu cikgu kasi chance jenguk budak PBSM.. jenguk Haziq Aziz sebenarnya. haha karang kalau balik tak bagitahu marah pulak budak tu...

Walaupun sekejap. tapi aku sangat bersyukur..

Sebenarnya... aku pernah janji, tapi tak berapa janji la dengan Haziq.. nak pergi sekolah hujung bulan satu ni... tapi nampak macam mustahil je.. so aku tak dapat nak janji... aku just cakap 'In Shaa Allah' which means If Allah Wills / Dengan Izin Allah ... yah, Alhamdulillah.. Allah izinkan aku pergi jenguk sekolah dan menepati janji yg tak berapa nak janji tu.. Alhamdulillah.. Allah Maha Besar.. Dia Maha Kuasa.. Dia izinkan aku pergi sekolah.. semuanya kerja Dia.. aku bersyukur sangat-sangat.. Doa aku dimakbul tepat pada waktunya... Alhamdulillah Alhamdulillah..... Love Allah is the Greatest....

Main point aku dalam entri ni.. kalau kita benar-benar inginkan sesuatu.. kalau kita berdoa dan percaya Qada' dan Qadarnya.. In Shaa Allah.. Dia akan mengatur jalan buat hambaNya... Aamin :)

Alhamdulillah...

That's all for this entry..

Assalamualaikum :D

Thanks to Cikgu Alidah.. hehe Love you

Sunday 27 January 2013

Jom Masuk U !

Assalamualaikum. hai hai hai ;)

Hari ni, aku dan beberapa orang kawan pergi ke Karnival Jom Masuk U yg diadakan di Padang Varsiti, UM anjuran Institut Pengajian Tinggi.. kot. haha. Perkara ni aku fikir banyak kali, sama ada nak pergi yg ni atau satu lagi Seminar yg diadakan untuk halatuju masa depan... last-last aku decide nak pergi karnival ni. Sebabnya.. sebab sebenarnya aku dah lama pun nak pergi & nak jumpa kawan-kawan sebenarnya. hahaha.

Aku keluar rumah 5 minit sebelum pukul 8 pagi (padahal janji jumpa pukul 8).. teruk kan? hahaha.
Pukul 8 aku janji jumpa Syira zoro, Yasmin & Mariah kt KTM UKM.. yang lain ada yg dari Bangi dan dari Kajang.. yg dari Bangi, Syima, Huda and Azie, diorang turun kt UKM, yg dari Kajang, Syu, Sala, Aina and Fizah, kteorg jumpa di KL Sentral...

Menunggu Cik Mariah sampaiiiiiii :)

Okay.. Perjalanan kteorg dari KTM Bangi/UKM/Kajang ----> KL Sentral ----> LRT ke Stesen Universiti ----> RapidKL bas T632 ----> UM ..

Lama jugak nak menyampai. haha penat satu dua tiga hal.. Exercise sekali sekala.. Ramai jugak budak-budak yg menuju ke destinasi yg sama. Satu bas rapid tu penuh dengan budak-budak nk pergi karnival. haha. Excited pulak ;)

Sambil-sambil menunggu bas tu....

salasiah - syuhada - syima = 3S hahahaha

hazirah - huda = 2H? hehe

yasmin - mariah - hafizah - syira = mixed. hoho

huda - me ;D
Dah sampai tu kteorg terus jalan. Aku macam biasa sentiasa tertinggal di belakang. hahaha masalah aku tak boleh jalan laju-laju. isk isk :p





Sampai-sampai terus masuk ke kawasan yg ada karnival tu.. bila masukkan, ya Allah.. ramai sungguh. macam pasar borong pun ada. haha. Tapi lagi ramai rombongan sekolah la. tu yg sesak sangat tu. Kami di sini sangat jealous melihat mereka memakai baju sekolah. hahaha. Mesti budak-budak form 5 tahun ni kan. Untung lah dpt pendedahan dari awal tahun ;) Disebabkan terlalu ramai / crowded.. and tangan penuh dengan beg kertas, pamphlet dan berbagai-bagai lagi, takde masa nak tangkap gambar. hahaha. sadissss.

Dah agak-agak dh habis pusing dan penat.. Kteorg pun keluar. Lepas tu Cik Syima pulak kena masuk kerja pukul 3 petang .. so kami pun bertolak balik. Kteorg berpisah dgn Huda & Azie sebab diorang nak jumpa dgn Farah yg datang lambat masa tu ;)

Tapi sebelum balik makan jappp. Perut ku dh berkeroncong.. haha. Tapi biasalah, time event macam ni depa jual harga yg tak sepatutnya. Ish ish. Kteorg makan kt tepi longkang.. hahaha. Jangan risau, longkang tu bersih ;p tang-tang tengah makan tu aku terdengar someone panggil nama aku. Rupa-rupanya Najwa (5TV2) dan Family pun ada sekali ;) hehe



Lepas tu, ingat nak tangkap gambar depan pintu gerbang tu. Tup tup bas dah sampai.. haha. Kejar-kejar.. Balik lah naik bas tu :)

Bertolak balik dalam pukul 12.30 then sampai UKM dalam pukul 2 macam tu. Penat tahu. haha. Masing-masing dah layu :3 Tapi best lah dapat pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan :D seronok tau. Semoga ukhuwah kami dikekalkan hingga akhir hayat dan ke akhirat hendaknya. InsyaAllah..

Anyway, terima kasih kpd kawan-kawan yg menjoinkan diri :D nanti bila-bila kita pergi tempat lain pulak.. cehh. hehe. Hope kita semua dapat melangkah kaki seterusnya di mana-mana IPTA/IPTS or mana-mana lah. hehehe.

Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah...

Alhamdulillah, Thanks Everything To Allah.. kerana mempermudahkan perjalanan & urusan kami ;) Alhamdulillah...

Itu saja... Mata aku dh kuyu ni.. hehe. Thanks for reading :D

Assalamualaikum ^^


Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H..

Hari yang membawa erti yang sangat besar kepada seluruh Umat Islam..
12 Rabiul Awal merupakan Hari Kelahiran Rasul kita... Nabi Muhammad S.A.W..

banyakkan berselawat dan mengamalkan sunnah baginda semampu mungkin..
semoga kita umatnya memperoleh syafa'at baginda pd hari akhirat kelak... Amin..




Assalamualaikum :)

Monday 14 January 2013

Nasi Goreng Hangusss

Assalamualaikum :D

Selamat tengah hari semuaaaaa. dah lunch??

well saya dah. ni nak cerita pasal ni la. nampak tajuk tu? nampak? nampak???
"Nasi Goreng Hangus" hahahahahaha. sound funny. tapi memang betul pun.

kih kih kih

kan kan. gelap je. hahahahaha. terlebih kicap maybe. lepas tu aku cuak dengan api. hahaha.

entah mengapa tiba-tiba rajin nak masak.
bahan-bahan ;
ikan goreng lebihan semalam , carrot 1/10 kerat *haha*, nasi lebih semalam, kicap, gula & garam secukup rasa

recycle you know? bagus kan. hahaha.
rupa nya hodoh. haish. tapi bila makan not bad laaa.
sebenarnya aku nak buat nasi goreng sbb rindu nk makan nasi goreng tok :3
nasi goreng tok saya the best in the world. kalo kt kampung tok masak, semua berebut-2 tau. mesti licin punya. sedap sangat. anak dia, abah aku pun cakap nasi goreng tok paling sedakkk. haha.

dulu aku pernah memerhati *ceh* tok masak nasi goreng dia. bahan pun tok pakai ikan goreng lebihan. lepas tu special tok aku letak gula, jarang orang guna gula kan? kot. haha.

well. rasa dia dh hampir-2 dh dengan nasi goreng tok. haha. tapi tak sesedap tok masak :'3

yeee saya mengaku saya tak pandai masak. haha. dulu masa kecik2 rajin sangat nak tolong, tapi my mom tak kasi. so sampai besar malas nak ke dapur. wakaka. ish ish. jangan salahkan ibu mengandung :p

ini lah dikatakan indah khabar dari rupa? eh bukan, indah rasa dari rupa okay. haha boleh telan and boleh diterima perut. kira lulus lah kan? takde orang nak judge masakan saya. saya duduk rumah sorang-2. haha. masuk perut aku jela. hehe.

\eleh setakat nasi goreng apa lah sangat/
ye saya tahu , nasi goreng je pun. janji saya cuba kan? haishhh.

haha okay la itu je.

Have a nice lunch everyone :)

Assalamualaikum :D

Thursday 10 January 2013

2013

Assalamualaikum :) hai kawan-kawannnn :D

I think this is the first post of mine for the year 2013..
what I've been? nothing.. duduk rumah goyang kaki. and I'm too lazy to update my blog. kihkih
lagipun takde apa yg menarik nak dikongsikan..

tahun 2013 aku bermula tak seperti tahun-tahun sebelum ni..
sebab aku dah tak perlu ke sekolah lagi. penganggur terhormat weh. haish.

sambil-sambil tu ada jugak pergi driving school. I have another 4 hours before I can take JPJ Test :3
wahh tak sabarnya nak ada lesen. lepas tu bebas ke mana sahaja.
nak pergi reko pun boleh. takde masalah punya :)

cakap pasal reko.. aku terharu jugak sebab ada yang masih teringatkan aku di sekolah tu walaupun kami dh habis sekolah. terharu dan tersentuh.. tapi nak buat macam mana. masa tak boleh diulang balik.. redha saja.. itu yg terbaik In Shaa Allah :)

akupun ada jugak dengar peraturan semakin ketat. well. good for them. *nasib saya dh habis sekolah.. hehehe jangan maraaaaah !*

kawan-kawan aku ramai yg dh start kerja. antaranya Cik Syimaaa. dia kerja kt Pizza Hut @ Warta. nak jumpa dia pergi lah sana. hehe. Cik Mariah pula di Rasamas @ Warta jugaaaaa. Encik Yasir pun bekerja di salah sebuah kedai dalam Warta tu jugaaaak. semua stok warta jeee ni --. lepas tu aku ada dengar jugak, Haiqal, Meor, Irad & Aiman kerja kt McD Bangi tu.. wow, nak jumpa bila-bila pun boleh sebenarnya. cuma nak or taknak atau rajin or malas jeee. hehe

saya sangat cemburu sebenarnya dengan mereka.. bosan tahu duduk rumah. aishhh. sorang-sorang pulak.. yg lain semua sekolah / kerja -______________-. k. nak sekolah balik... k. nak sekolah balik !!!!!

lepas tu pasal permohonan UPU ni pulaa. banyak kemain benda kene isi. haih dah banyak kali aku ushaaa. pening-pening jee. sabtu ni nak isi sama-sama dengan Syima and Mariah.. tak sabar nak gather balik. kihkih.. haihh. semoga berjalan lancar lah permohonan kami :3 Aamin..

Oh ya ya. Malam ni jugak episod terakhir Adam & Hawa. Jangan lupa saksikan di Astro Mustika HD. kahkah. promote pulak.. hehe. selama ni pukul 10 aku tunggu cerita ni je. yg lain takde cerita best. sigh*

okay itu je kot.. adik-adik ku belajar rajin-rajin. have fun di sekolah k :D tapi jangan terlampau fun sangat sampai pelajaran terabai. ingat tuuuu ! jangan hampakan ibubapa tau. mereka banyak berkorban utk kita sebenarnya :) okay itu je kot. hehe

Assalamualaikum wbt :) see yaaa !